BUKAN SAJA KATA ORANG BUGIS BERKETURUNAN LANUN, DR MAHATHIR JUGA PERLEKEHKAN MEREKA YANG BUAT DEMONSTRASI ADALAH DEMI HABUAN DUIT . LEBIH HANGAT LAGI, NEGARA JIRAN TURUT MENGECAM DR MAHATHIR



Tun Dr. Mahathir Mohamed menempelak kumpulan masyarakat keturunan Bugis yang berhimpun di pekarangan pejabatnya pada Rabu lalu dengan menyifatkan mereka sekadar mengikut telunjuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu yakin mereka mendapat habuan untuk berbuat demikian bagi memberi gambaran kononnya masyarakat tersebut marah dengan kenya-taannya yang dianggap menghina mereka.

Menurut Dr Mahathir, Orang Bugis ini yang berhimpun di hadapan bangunan Yayasan Ke¬pimpinan Perdana di Putrajaya, ini saya yakin dapat duit, buat demonstrasi, kononnya saya kata orang Bugis lanun. Adakah Dr Mahathir tidak mahu menerima kenyataan bahawa dia telah menguris hati orang Bugis di Malaysia.

Oleh itu kini dia dakwa pula orang Bugis yang berhimpun mendapat habuan duit sedangkan masyarakat Bugis yang hadir berhimpun di pejabat Dr Mahathir adalah bertujuan untuk memulihkan nama baik orang Bugis!

Rabu lalu, lebih 200 masyarakat Bugis berhimpun lebih setengah jam di pekarangan Yayasan Ke-pimpinan Perdana dengan sebilangan daripada mereka membawa sepanduk antaranya tertulis ‘Kami bukan lanun’ dan ‘Mahathir berasal dari mana’ selain melaungkan ‘Kami bukan lanun’.

Selain itu, tindakan Dr Mahathir menghalau YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak dari negara Malaysia kerana mempunyai darah Bugis telah mendapat kecaman dunia dan negara jiran. Portal-portal popular Indonesia mengecam tindakan bodoh Dr Mahathir yang menggelar kaum Bugis sebagai pencuri, penyamun dan perompak.

Jelas sekali Dr Mahathir sebenarnya mahu menutup kesalahannya dengan mengalihkan isu ini dengan segera. Akibat terlepas cakap dengan memburukkan masyarakat berketurunan Bugis ketika perhimpunan Kleptokrasi kini Dr Mahathir dikecam kerana tidak peka kepada sensiviti orang Bugis di negara ini. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Comments