BUDGET 2018 IBU SEGALA BUDGET. NAJIB TERBAIK



Kita sepatutnya bersyukur tanpa mengira perbezaan agama, hendaklah sentiasa bersyukur di atas segala kenikmatan, kemudahan dan limpahan nikmat yang tak terhitung banyaknya yang telah kita terima dan nikmati dalam kita meneruskan kehidupan. Bagi yang beragama Islam, mampukah kita menghitung nikmat-nikmat Allah SWT yang telah kita dapat hingga saat ini? Tentulah, Tidak! Menghitung jumlah nikmat dalam sedetik saja kita tidak mampu, inikan pula sehari bahkan selama hidup kita di dunia. Tidur, bernafas, makan, minum, berjalan, melihat, mendengar, berbicara, semua ini adalah nikmat dari Allah SWT.

Dalam Pembentangan Bajet 2018, jumlah peruntukan bajet sebanyak RM280.25 bilion, meningkat daripada RM260.8 bilion pada 2017, dengan RM234.25 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Daripada jumlah ini, satu jumlah yang besar diperuntukkan dalam pemberian Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BRIM). BRIM telah dinaikkan kepada RM1,200 bagi setiap isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan di bawah bajet kerajaan persekutuan. Peruntukan BRIM pada tahun 2018 ialah sebanyak RM7 bilion yang mensasarkan tujuh juta isi rumah.

Isu tentang harga rumah yang melambung tinggi turut menarik perhatian Perdana Menteri kita. Dan, telah diwujudkan program Perumahan PR1MA yang terbuka kepada semua rakyat serta Perumahan PPA1M khas bagi Penjawat awam untuk membantu kita memiliki rumah pertama mereka pada harga yang telah diberikan subsidi.

Terdapat juga bantuan-bantuan lain yang tanpa sedar kita sendiri menerimanya. Jika kita melihat kepada diri sendiri, sewaktu kita berada di dalam kandungan, Ibu-Ibu kita akan sentiasa di bawah seliaan Klinik Ibu dan Anak yang berada di kawasan tempat tinggal kita. Apabila kita lahir di Hospital Kerajaan, kita hanya perlu membayar pada harga yang amat rendah berbanding di Hospital Swasta. Selepas itu kita meneruskan kehidupan persekolahan, di mana kini terdapat Bantuan Persekolahan 1 Malaysia kepada pelajar-pelajar Sekolah. Apa yang kita makan, apa yang kita guna seperti minyak masak,gula,tong gas semua telah diberikan subsidi oleh kerajaan yang mana tidak ramai yang ambil peduli dalam hal ini. Dimana kita hendak mencari kerajaan seperti ini di dalam dunia, yang menguruskan pelbagai kaum di dalam negaranya dengan harmoni.

Di samping itu, terdapat kemudahan dan bantuan-bantuan lain yang telah diberikan kepada rakyat Malaysia. Antaranya seperti penubuhan Klinik 1 Malaysia untuk memudahkan penjagaan kesihatan golongan miskin bandar di mana mereka, tidak lagi perlu ke Klinik- klinik Kesihatan yang jauh dari lokasi tempat tinggal dengan hanya kos ubat RM1.

Kesimpulannya pemimpin-pemimpin negara kita sentiasa mencari jalan yang terbaik bagi memastikan setiap rakyat dalam menjalani kehidupan yang normal.

Comments