BENARKAH PRU-14 PERANG TERAKHIR BUAT LIM KIT SIANG? MAHATHIR YANG SUDAH BERSARA JADI PM PUN U-TURN DAN KEMBALI BERPOLITIK!



Penasihat DAP, Lim Kit Siang percaya pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan menjadi medan pilihan raya yang terakhir baginya. Penasihat DAP itu telah berada dalam politik selama 51 tahun.

Sudah lebih separuh abad Lim Kit Siang berpolitik dan kali ini dia sendiri menyatakan bahawa PRU Ke-14 adalah ‘perang’ beliau yang terakhir. Adakah kata-katanya ini boleh dipercayai? Semua orang tahu bahawa Lim Kit Siang adalah seorang ahli politik yang bercita-cita tinggi.

Tidak mustahil tindakan yang dibuat Lim Kit Siang ini hanyalah untuk menarik simpati rakyat untuk memberi peluang terakhir kepadanya untuk menjadi wakil rakyat sebelum mengambil keputusan bersara dari politik.

Walau bagaimanapun niat Lim Kit Siang untuk bersara amat diragui kerana dia sudah berpolitik dari tahun 1966 hingga kini. Sebagaimana yang kita tahu, orang yang tamak selalunya tidak akan melepaskan jawatan dan kepentingannya dengan mudah.

Lihat saja apa yang berlaku pada Tun Dr Mahathir, suatu ketika dahulu Dr Mahathir sudah mengumumkan untuk bersara dari politik tetapi kini dia kembali berpolitik kerana mahu memperjuangkan agenda peribadinya.

Tidak mustahil, Lim Kit Siang juga akan berbuat demikian dan apa yang pasti, DAP pasti akan melantiknya sebagai Penasihat seumur hidup buat PAS. Niat mahu memberikan laluan kepada generasi muda hanya untuk mengaburi rakyat bagi menunjukkan parti DAP memberi ruang untuk generasi muda walhal, orang kuat dalam DAP masih lagi dari Dinasti 'Lim'!

Comments