BAJET PAKATAN HARAPAN ADALAH BAJET GULA-GULA KEPADA RAKYAT



Bajet Pakatan Harapan disifatkan oleh Tan Sri Annuar Musa adalah satu kepada gula-gula pilihanraya untuk memberitahu apa yang rakyat akan dapat sekiranya mereka mengundi pakatan harapan.

Bila merujuk semula kepada senarai bajet tersebut, sebenarnya ianya amat sukar untuk dilaksanakan untuk pembangkang di Malaysia. Pakatan Harapan hanya berani untuk berjanji langit dan bintang kepada rakyat namun cara-cara mereka ingin melaksanakan bajet tersebut masih tidak diperjelaskan secara terperinci.

Tan Sri Annuar Musa memaklumkan bahawa dia hanya sempat membaca sehingga ke mukasurat 20 dari 88 mukasurat kandungan Bajet Alternatif Pakatan Harapan kerana berpendapat negara Malaysia akan jatuh bankrup akibat perbelanjaan yang luar biasa bakal dilakukan pembangkang sekiranya mereka mentadbir kerajaan.

Pakatan Harapan didapati tidak menghuraikan bagaimana mereka mahu tambah pendapatan negara. Mereka juga tidak jelaskan dari mana punca pendapatan untuk melaksanakan pendidikan percuma, penghapusan GST dan lain-lain lagi.

Indikator yang dilakukan oleh Pakatan Harapan yang kononnya boleh menyelamatkan RM20 bilion sekiranya mereka berjaya menghapuskan rasuah juga menimbulkan banyak tanda tanya.

Adakah pihak pembangkang mempunyai sumber dari mana datangnya rasuah di dalam negara? 
Mengapa pembangkang tidak melaporkan sahaja rasuah yang sedang berlaku itu kepada SPRM? Mengapa perlu ditunggu sehingga mereka menjadi sebuah kerajaan yang tidak mungkin dikecapi.

Pakatan bercadang untuk melaksanakan dasar pendidikan percuma. Kalau kita berikan percuma kos pendidikan, kerajaan terpaksa menanggung kos sebanyak RM6.8 bilion setahun.

Begitu juga dengan janji mereka untuk menghapuskan GST. Bila GST dihapuskan, negara akan kehilangan sebanyak lebih RM 40 bilion hasil pendapatan negara. Jadi dari punca mana pula hasil pendapatan yang mereka boleh cari untuk menampung segala perbelanjaan tersebut?

Jadi kalau mereka tak boleh buktikan dari mana punca pendapatan negara untuk menggantikan GST serta untuk menampung kos pendidikan percuma itu, janganlah berjanji bulan dan bintang kepada rakyat.

Justeru itu, beliau menegaskan bahawa bajet yang dibentangkan oleh pakatan harapan itu hanyalah sekadar gula-gula untuk pilihanraya.

Pertamanya, bajet pakatan harapan itu hanyalah satu kaedah untuk memancing undi. Kedua, ia bajet yang dibentangkan mereka itu merupakan satu bajet yang tidak bertanggungjawab yang pernah saya lihat.

Dan yang ketiga, bajet pakatan harapan ini merupakan bajet yang akan merudumkan ekonomi negara daripada satu tahap yang stabil dan kukuh yang kita nikmati sekarang kepada tahap ekonomi yang lebih teruk daripada apa yang kita ada sekarang ini.

Comments