BAJET KERAJAAN BN LEBIH RELEVAN BERBANDING BAJET OLOK-OLOK PH



Rakyat digesa supaya tidak terpengaruh dengan janji-janji palsu dan tidak logik menerusi Bajet Alternatif 2018 yang diumumkan Pakatan Harapan (PH) kerana bajet PH hanya retorik yang tidak pernah dilakukan dan hanya angan-angan kosong. Lihat saja apa yang berlaku di negeri Selangor dan Pulau Pinang.

Berbeza dengan Barisan Nasional (BN), kerajaan hanya mengumumkan janji dan perkara yang realistik dan mampu dilaksanakan. BN adalah sebuah kerajaan bertanggungjawab dan sangat berpengalaman luas dalam merangka bajet yang baik untuk semua pihak. Kerajaan tahu apa boleh buat dan apa tidak boleh buat. Rakyat boleh nilai sendiri bajet PH dengan BN di mana bajet hanyalah bajet olok-olok.

Kerajaan BN sentiasa melihat ke hadapan walaupun kadang-kadang keputusan kita buat itu tidak beri keuntungan kepada kerajaan dan tidak popular kepada rakyat, tetapi kerajaan terpaksa lakukan disebabkan krisis ekonomi di seluruh dunia pada masa kini.

Janji pembangkang untuk memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan tol lebuh raya serta memberi pendidikan percuma di universiti awam ternyata retorik kerana mereka sendiri pernah mempromosikan bajet seumpama ini.

Walaupun mereka memegang kerajaan negeri seperti di Selangor dan Pulau Pinang, mereka juga mempunyai kuasa dan peruntukan untuk melaksanakan bajet yang dicadangkan. Pernah kah mereka laksanakan bajet yang dicadangkan di negeri yang diperintah mereka. Jawapannya tidak. Pendidikan percuma? Tiada. Hapus tol? Tiada. Semuanya 'bohong'.

Apa yang jelas bajet PH diiktiraf sebagai bajet 'angan-angan Mat Jenin' Pakatan Harapan yang tidak bersandarkan kepada realiti dan ekonomi pada masa ini. Pembangkang boleh janji apa sahaja tetapi mereka tidak boleh melaksanakannya!

Comments