AWAS DAP BERSIFAT PENDENDAM! DAP MAHU GUNA TAKTIK KOTOR DEDAH KELEMAHAN TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM



Ikhtiar BN Selangor dalam memikat empat orang bekas menteri besar, khususnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi merebut kembali negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang boleh mendatangkan kebaikan pada BN.

Kini Exco kanan kerajaan negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim pula seakan-akan mahu memberi amaran kepada Khalid yang bakal mengumumkan kedudukan beliau dalam PRU14 nanti.

Meski pun BN Selangor akan menggunakan Khalid untuk kelebihan mereka dengan membidas pentadbiran kerajaan negeri. DAP telah memberi maklum balas bahawa mereka juga tahu kelemahan peribadi dan urus tadbir semasa era Khalid dan tidak keberatan untuk mendedahkannya.

Itu lah sikap pemimpin DAP yang ternyata menyimpan dendam dan mahu menjatuhkan seseorang dengan cara jijik.

Di samping itu juga, Teng Chang Khim juga menjelaskan bahawa mereka (DAP) akan melondehkan kelemahannya jika Khalid memilih BN.

Namun yang demikian, ramai tidak tahu bahawa Khalid sebenarnya digugurkan berikutan 'langkah Kajang', suatu muslihat politik untuk menggantikan beliau dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui pilihan raya kecil.

Teng Chang Khim dan DAP kini risau kerana bekas menteri besar Abu Hassan Omar mendakwa BN akan menerima bantuan daripada Khalid. Ini kerana menteri besar tersebut boleh menunjukkan kelemahan dalam pentadbiran negeri.

Selain itu, Mat Taib yang baru menyertai UMNO juga mampu mendedahkan banyak perkara mengenai keburukan Pakatan Harapan.

Kesimpulannya, kini DAP dan Teng Chang Khim berada dalam keadaan resah dan gudah gulana kerana bimbang dengan kerjasama gabungan 4 bekas Menteri Besar Selangor yang akan terbentuk bakal merobek kubu kuat Pakatan Harapan di Selangor.

Mereka resah sehingga sanggup menggunakan taktik kotor bagi mendedahkan keburukan dan kelemahan Khalid khususnya. Awas!DAP adalah parti yang menyimpan dendam kesumat.

Comments