ARMADA KAT MANA? PPBM BAKAL DIBATALKAN PENDAFTARANNYA OLEH RoS



Beberapa orang bekas pemimpin dan ahli Armada PPBM hadir ke Pejabat RoS untuk menyerahkan beberapa dokumen kepada pihak RoS termasuk surat aduan, laporan polis yang dibuat mengenai kepincangan dalam sayap PPBM iaitu Armada yang dikatakan tidak pernah wujud.

Walaupun tidak wujud namun watikah pelantikan Exco Armada diterima oleh beberapa pemimpin pemuda mereka. Mereka mendakwa apabila sayap ARMADA tidak wujud maka pendaftaran parti boleh dibatalkan. Manakala sebarang keputusan termasuk tindakan memecat beberapa exconya sebelum ini tidak sah.

Tampil membuat dakwaan, bekas exco sayap itu yang dipecat, Mohamad Taufik Abas yang mendedahkan perlembagaan pribumi langsung tidak menyebut ARMADA sebagai sebuah sayap.

Malah semakan menerusi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengesahkan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) langsung tidak wujud dalam perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai sayap parti pembangkang berkenaan.

Bekas exco Armada PPBM, Mohamad Taufik Abas berkata, beliau serta ahli-ahli Armada lain ternyata telah diperdayakan oleh kepemimpinan parti itu kerana perlembagaan parti hanya menyatakan mengenai penubuhan sayap pemuda, wanita dan srikandi.

Perkara ini dianggap sebagai usaha memperdayakan semua ahli parti dan anak muda. Beliau juga hairan mengapa benda-benda macam ini boleh berlaku.

Beliau menganggap kegiatan tersebut adalah salah satu bentuk scam (penipuan) dan perkara ini bukan kecil dan tidak boleh dipandang ringan oleh pihaknya.

Beliau juga mendakwa PPBM dam Armada meminta ahlinya membuat bermacam-macam bagi melaksanakan kepentingan parti sedangkan Armada tidak pernah wujud.

Comments