RAJA MUFLIS DAN BOTOX KHAIRUDDIN ABU HASSAN MAHU NAJIB DITANGKAP DAN DIGULINGKAN



Koordinator Deklarasi Rakyat, Khairuddin Abu Hassan kononnya mendakwa beliau berikrar akan memastikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ditangkap satu hari nanti. Dalam ucapan Khairuddin Abu Hassan pada Perhimpunan 'Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi' di Padang Timur dengan nada berkobar-kobar beliau kononnya berjanji akan berbuat demikian setelah melihat pelbagai kerosakan yang dilakukan oleh Najib. 

Bukan itu sahaja malahan Khairuddin sanggup berikrar dan bersumpah selagi hayat dikandung badan Khairuddin akan bersumpah bersama-sama dengan 30 juta rakyat Malaysia yang beliau akan berjuang habis-habisan untuk menangkap Najib. 

Khairuddin kononnya mendakwa bahawa Najib telah melakukan kerosakan daripada pelbagai aspek terutama sekali dari aspek ekonomi sehinggalah demokrasi di negara ini. Apa yang boleh dikatakan Khairuddin bahawa Pakatan Harapan berjuang demi rakyat dan berusaha demi kebaikan dan kepentingan rakyat hanyalah satu tipu daya oleh seorang penipu seperti Khairuddin. 

Penipu seperti Khairuddin akan cuba memberikan jalan penyelesaian yang kononnya hebat sehingga mampu memalukan pemimpin Pakatan Harapan. Khairuddin mengagumkan kita semua kerana orang seperti Khairuddin ini tidak tahu malu dan menipu serta memfitnah secara terang-terangan. 

Khairuddin mungkin boleh memperbodohkan penyokong Pakatan Harapan. Buat Khairuddin, pada masa sekarang ini tidak perlulah Khairuddin bercakap tentang Pilihan Raya Umum Ke-14 sebaliknya adalah lebih baik Khairuddin bersama-sama dengan pemimpin Pakatan Harapan menumpukan sepenuh tumpuan dan fokus membantu rakyat. 

Khairuddin cuba menunjukkan bahawa objekti pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan adalah dalam menggulingkan dan menumpaskan Najib kononnya untuk menyelamatkan negara. Jadi Khairuddin dan pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Harapan mendakwa kononnya mereka melakukan semua ini adalah untuk kepentingan rakyat.

Bukan, ini bukan tentang rakyat, tetapi perebutan kuasa di kalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan. Khairuddin dan pemimpin-pemimpin di kalangan Pakatan Harapan kecewa kerana mereka tidak dapat mengawal Najib. Apa yang Khairuddin maksudkan dengan menggulingkan Najib adalah untuk rakyat? Adakah dengan menjadikan Kit Siang atau Guan Eng sebagai Perdana Menteri yang baru akan menjadikan Malaysia lebih hebat? 

Kesimpulannya apa yang Khairuddin dan pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Harapan lakukan, mereka hanyalah akan memberikan harapan dan janji-janji palsu. Kita jangan mudah sangat tertipu dan naif sehinggakan mempercayai apa sahaja yang Khairuddin dan Pakatan Harapan katakan.

Comments