ADAKAH SINGAPORE AIRLINES LEBIH BAGUS DARI MALAYSIA AIRLINES BAGI MENGATASI MASALAH KERUGIAN? FAKTA NO 5 DAN NO 6 AMAT MENARIK SEKALI DIPERDEBATKAN !!!



7 Strategi Singapore Airlines Mengurus Kerugian
singapore-airlines

Suatu ketika dahulu, Singapore Airlines dikenali di seluruh dunia sebagai syarikat penerbangan tambang penuh yang berprestij dan menjadi antara pilihan utama penumpang berduit di seluruh dunia.

Singapore Airlines tidak pernah gagal mencatat keuntungan pada setiap tahun sehinggalah baru-baru ini ia mengalami kerugian empat suku tahun berturut-turut. Puncanya adalah peningkatan saingan dari syarikat penerbangan Timur Tengah seperti Emirates dan juga dari China.

Tanpa menunggu lama hingga keadaan bertambah teruk, Singapore Airlines bertindak pantas dengan mengambil langkah-langkah berikut :

1. Menubuhkan unit transformasi khas pada Mei lalu yang diberi mandat untuk menyemak kembali strategi bisnesnya.

2. Menggariskan pelan pemulihan 3 tahun yang menyenaraikan 56 inisiatif dengan matlamat untuk menurunkan kos. Antaranya, mengurangkan pembakaran minyak, berunding dengan pembekal-pembekal utama untuk mendapat harga yang lebih baik, memperbanyakkan pilihan servis layan diri untuk penumpang dan mengurangkan jumlah pembaziran makanan di dalam pesawat.

3. Menyerahkan sebahagian laluan penerbangan serantau syarikat penerbangan SilkAir (anak syarikat Singapore Airlines) kepada syarikat penerbangan Scoot (juga milik Singapore Airlines). Sebelum itu Scoot telah digabungkan (merge) dengan Tiger Airways, satu lagi syarikat penerbangan tambang murah milik Singapore Airlines.

4. Menggabungkan bahagian kewangan Silk Air dengan Singapore Airlines.

5. Menawarkan cuti tanpa gaji kepada krew kabin bagi tempoh antara September hingga November 2017 kerana terdapat lebihan krew pada tempoh ini.

6. Mengurangkan jumlah pekerja yang kini seramai 25,000 orang.

7. Menaiktaraf kemudahan dan hiasan dalaman ruang kelas pertama dan kelas bisnes pesawatnya untuk menarik kembali pelanggan-pelanggan premium yang telah beralih ke penerbangan lain.

– Reuters / Bloomberg

Comments