ABDUL KHALID IBRAHIM TEKAD UNTUK BAWA AGENDA RAKYAT SELANGOR BERSAMA 3 BEKAS MB SELANGOR



Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan sokongannya terhadap PAS, sekali gus menolak dakwaan beliau akan menyertai mana-mana parti politik. Beliau juga bersedia untuk berkempen bagi pihak PAS walaupun tidak akan kembali dalam dunia politik secara langsung.

Pada masa sama, Abdul Khalid Ibrahim juga bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik yang mahu membawa agenda rakyat Selangor termasuk isu membabitkan industri air negeri itu. Malah Abdul Khalid Ibrahim juga mengajak 3 bekas menteri besar Selangor daripada UMNO untuk bekerjasama dengannya demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat negeri Selangor. Tiga bekas menteri besar yang dimaksudkan itu adalah Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Dr Mohamad Khir Toyo.

Walaupun Abdul Khalid tidak mahu bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 sama ada mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang mahu pun Parlimen Bandar Tun Razak, beliau tetap tekad untuk membawa agenda rakyat Selangor meskipun tidak akan menyertai mana-mana parti politik pada masa depan.

Jikalau ada tiga bekas menteri besar yang hendak bersama dengan saya untuk membincangkan bagaimana untuk membangunkan Selangor dengan cara baik, saya akan sertai dan saya akan jemput rakan PAS untuk menyertai mencari jalan ke arah itu. Kita bukan berpolitik hanya untuk berpolitik tetapi kita berpolitik untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Comments