UMNO BERHADAPAN DENGAN MASALAH KERANA TINDAK TANDUK MAHATHIR YANG MENJADIKAN UMNO BERTELINGKAH, BERCELARU, BERGOLAK DAN BERHADAPAN PELBAGAI DUGAAN. MAHATHIR LAH PUNCA SEGALA MASALAH INI BERLAKU



Sepanjang 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri, Mahathir mendakwa UMNO sudah menjadi milik Presiden dan perjuangan UMNO terhad kepada mendokong Presiden. Malah kesetiaan ahli hanya terhad kepada parti. Sekiranya UMNO dianggap sebagai parti milik Presiden ia adalah kerana budaya ini dicipta dan dikukuhkan oleh Mahathir semasa mengharamkan dan menubuhkan semula UMNO yang baru.

Adakah Mahathir lupa bahawa pada tahun 1988 apabila menubuhkan UMNO baharu Mahathir melantik sebahagian besar mereka yang menyokong Mahathir semata-mata Mahathir sebagai Jawatankuasa Penaja UMNO tanpa mengambil kira keputusan pemilihan 1987.

Mahathir juga lupa bahawa beliau telah memecat Anwar Ibrahim dengan tuduhan bahawa Anwar Ibrahim terlibat dalam kes liwat dan semasa pemecatan Anwar Ibrahim itu, Mahathir kononnya mengingatkan semua pemimpin UMNO agar setia kepada parti bagi menyokong keputusan Presiden. 
Apakah ini bukan memaksa ahli UMNO untuk mengikut keputusan Presiden dan lihatlah berapa ramai yang telah UMNO pecat ketika itu apabila tidak bersetuju dengan keputusan Mahathir.

Selepas Najib mengambil alih jawatan dan peranan sebagai Perdana Menteri, Mahathir telah menimbulkan cerita dan pelbagai isu yang pada akhirnya ianya bertujuan menimbulkan perasaan benci rakyat terhadap Perdana Menteri dan akhirnya cuba menumbangkan dan menumpaskan Najib sebagai Perdana Menteri.

Bukan itu sahaja malahan Mahathir samakan slogan Satu Malaysia dengan konsep Malaysian Malaysia ciptaan PAP sedangkan slogan Satu Malaysia sama sahaja dengan konsep bangsa Malaysia yang Mahathir rancang melalui Wawasan 2020. Bagi Mahathir konsep lain tidak sesuci dan semurni Wawasan 2020 yang Mahathir perkenalkan. Hanya slogan yang Mahathir perkenalkan suci dan murni. Mahathir membangkang segala yang dilaksanakan oleh Najib sama ada melalui pembangunan dan kemajuan negara, perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan, semuanya dibangkang dengan suara yang lantang oleh Mahathir.

Kesimpulannya kesemua leteran dan bebelan Mahathir semuanya sudah berasakan pemikiran yang kacau dan hati yang sakit. Dan itulah hakikatnya Mahathir yang sentiasa tidak berpuas hati dengan Najib dan Kerajaan Barisan Nasional dan beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk menumbangkan dan menumpaskan Najib demi mencapai agenda politik dan kepentingan peribadi beliau sendiri.

Comments