TUN M TIDAK PERNAH PEDULI RAKYAT SARAWAK


Banyak komentar di media sosial yang memberi respon bahawa Sabah dan Sarawak tidak mendapat perhatian yang sewajarnya daripada Tun Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia berbanding Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Perbezaan itu amat ketara kerana PM Najib banyak memberikan peluang kepada kepimpinan Sabah dan Sarawak untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan pusat sejak beliau memegang tampuk pemerintahan negara.

Ini berbeza dengan kepimpinan Tun M yang menganggap pemimpin Sabah tidak layak memegang jawatan kanan dalam Kabinet Persekutuan.

Sebaliknya Tun M berpendapat jawatan yang sesuai untuk pemimpin kedua-dua negeri tersebut hanyalah Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri tanpa peranan yang strategik.

Sebaliknya jika dibandingkan dengan jumlah perwakilan dan portfolio pemimpin Sabah dan Sarawak dalam sejarah dan Kabinet Najib hari ini, jelas begitu ramai pemimpin Sabah dan Sarawak dilantik memegang jawatan penting dan kanan dalam Kabinet Persekutuan.

Pandangan dan layanan Tun M terhadap Sabah dan Sarawak dapat dilihat dengan bentuk penekanan yang diberikan terhadap tarikh keramat penubuhan Malaysia iaitu 16 September yang langsung tidak signifikan bagi beliau.

Najib sebaliknya bukan sekadar menjadikan 16 September cuti umum, di awal beliau menjadi Perdana Menteri iaitu pada tahun 2009, 16 September telah diraikan dengan lebih signifikan dan bermakna.

Bukan sekadar persoalan cuti atau perayaan, tetapi perkara ini boleh menzahirkan bagaimana seseorang pemimpin dan kepimpinan melihat dan mengiktiraf kedudukan Sabah dan Sarawak.

Selain itu, peruntukan pembangunan luar bandar yang diberikan oleh Najib untuk Sabah dan Sarawak dalam tempoh 8 tahun beliau mengetuai Kerajaan Persekutuan lebih banyak berbanding 22 tahun Tun M menjadi Perdana Menteri.

Sempena kehadiran Tun M ke Sarawak yang dilihat hanya usaha yang sia-sia sahaja kerana beliau tidak dapat menawarkan apa yang telah PM Najib tawarkan kepada rakyat Sarawak sebelum ini.

Bila sudah tiada kuasa kemudian berpakat pula dengan DAP di Sarawak untuk mengubah sesuatu sudah tentu tidak dapat diterima oleh penduduk Peribumi di sana.

Diharap rakyat Sarawak tidak termakan hasutan dan tawaran serta harapan baru yang merupakan gula-gula untuk musim pilihanraya umum akan datang.

Comments