TINDAKAN AZMIN ALI SOKONG PESTA ARAK DIADAKAN DI SELANGOR AKAN CEMAR KESUCIAN AGAMA ISLAM DI SELANGOR



Pada Isnin lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menolak permohonan permit bagi penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 atas sebab keselamatan selain ia bercanggah dengan enakmen yang terkandung dalam undang-undang kecil DBKL.

Namun begitu respon berbeza pula dikeluarkan Menteri Besar Selangor dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyatakan bahawa kerajaan PKR Selangor tidak akan menghalang jika pesta arak Better Beer Festival 2017 mahu diadakan di negeri ini selepas pesta itu tidak dibenarkan diadakan di Kuala Lumpur.

Kata Azmin Ali, ini sejajar dengan prinsip yang dipegang oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu menghormati hak kaum dan agama lain jesteru itu pesta arak ini boleh diadakan di Selangor. Satu soalan bonus yang perlu diajukan kepada Menteri Besar Selangor itu, Bagaimana pula dengan sensiviti agama Islam? Adakah kini Islam diketepikan di Selangor dan acara bukan Islam diberi keutamaan?

Mungkin Azmin tidak peka terhadap hal ini yang sememangnya akan menguris perasaan kaum Melayu yang beragama Islam. Perlu diingatkan di sini bahawa majoriti rakyat Malaysia ada beragama Islam. Azmin perlu juga menghormatinya dan bukannya menjadi hero bidang terjun untuk orang-orang bukan Islam yang bermotifkan untuk menarik pengundi bukan Islam.

Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, bukan sahaja kita kena hormat tetapi kita kena menjamin dan memelihara hak kaum dan agama yang majoritinya beragama Islam. Sensiviti kaum juga perlu dititik beratkan 100 peratus dalam hal ini.

Yang pasti, keputusan Azmin ini sememangnya mengejutkan semua dan dilihat mencabar kesucian agama Islam di Selangor. Persoalannya sekarang, jika Azmin setuju pesta arak besar-besaran ini diadakan di Selangor, adakah tindakannya itu mendapat restu Ketua Agama iaitu Sultan Selangor?

Comments