TERESA KOK GUNA ISU ARAK UNTUK MANFAAT POLITIK



Teresa Kok didakwa cuba memanipulasi keputusan kerajaan menolak penganjuran pesta arak ‘Better Beer Festival 2017’ hanya untuk manfaat karier politiknya. Teresa Kok memberikan alasan ianya hanya untuk bukan Islam dan pelancong disebabkan pembatalan pesta arak menunjukkan kebodohan pemimpin ultra kiasu.

Kalau dilihat bodoh sungguh ultra kiasu ini dan kita cuba bayangkan jika ultra kiasu berkuasa dan memerintah nanti, sudah pasti negara akan bermandi dengan arak dan sebab itulah umat Islam mestilah menolak ultra kiasu dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 akan datang.

Ultra Kiasu memberikan alasan yang sangat bodoh dengan mengatakan bahawa pelancong di Malaysia mahu minum sedangkan mereka bermandi arak di negara mereka dan kualiti arak mereka itulah juga yang kita akan import. Kenyataan Teresa Kok dari parti ultra Kiasu ini hanyalah politik yang sangat dangkal semata-mata untuk melepaskan tengkuk semata-mata dan tidak pernah meletakkan kebajikan dan hak rakyat dan negara terlebih dahulu.

Pelancong tidak akan datang ke sini semata-mata untuk minum beer atau hadir pesta beer. Pelancong tahu dan faham sekiranya mereka mahu minum beer sekalipun mereka akan minum beer di kelab malam, pub ataupun lounge hotel. Mereka tidak pernah membawa beer ke hulu hilir ataupun minum beer di tepi jalan raya.

Bagi pembangkang seperti Teresa Kok jika beliau mahu menang sesuatu isu, Teresa Kok akan menggunakan apa juga ayat yang menarik untuk mempertahankan pandangan dan pendapat sehinggakan pendapat atau pandangan tidak masuk akal sekalipun dianggap rasional oleh mereka. Tetapi apabila musuh mereka memberikan pandangan dan pendapat mereka akan menggunakan segala jenis ayat untuk membantah dan menentang pandangan musuh mereka.

Ada sebab mengapa Beer Festival dihalang dilakukan di Malaysia, cuba kita lihat sahaja Oktober Fest yang diadakan di Munich dari awal tahun 2000 dan ia berlangsung selama sebulan di mana mereka akan minum bergelen-gelen dan macam-macam perkara buruk telah berlaki dalam stesen dan tren-tren kereta api ataupun MRT. Sangat menakutkan ada yang tumbang, baring di atas jalan, tergolej dalam tren, bergaduh, makin hamun orang.

Sebaliknya di Malaysia, ianya diadakan hanya bagi tujuan untuk menunjuk-nunjuk trendy, moden sedangkan yang untung dalam festival itu nanti adalah penganjur, penaja, peniaga beer dan pemilik-pemilik pub atupun pemilik-pemilik kelab malam sehinggakan sampai satu tahap PDRM terpaksa kerah anggota mereka untuk menahan pemandu manuk bagi mengelakkan kemalangan jalan raya akibat pemanduan bawah pengaruh alkohol.

Teresa Kok dari parti Ultra Kiasu sungguh hina dan mereka sangat hipokrit dan umat Islam seharusnya menolak ultra kiasu dalam Pilihan Raya Umum akan datang sama ada mereka bertanding menjadi pembangkang ataupun menjadi musuh dalam selimut dalam dalam parti komponen Barisan Nasional.

Kesimpulannya parti Ultra Kiasu tidak lain tidak bukan mahu melihat negara ini menjadi ngara lebih Barat daripada Barat dan memuaskan nafsu serakah mereka untuk merosakkan anak-anak Melayu dan bila anak Melayu sudah cair dengan mudahnya mereka memancing ahli-ahli ultra kiasu ini.

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila "like" atau "follow" halaman Malayan News.

Comments