SPRM Pelawa Parti Politik Serah Nama Bakal Calon Untuk Disaring



Sekiranya kerajaan Barisan Nasional berani untuk menyerahkan nama calon mereka kepada SPRM untuk dilakukan saringan bagi memastikan calon pada PRU-14 nanti bebas rasuah, adakah pembangkang terutamanya Pakatan Harapan dan juga PAS sanggup berbuat demikian?

Tujuan nama tersebut diserahkan kepada badan penguatkuasaan rasuah itu bertujuan untuk memastikan rakyat dapat memilih calon wakil rakyat mereka yang benar-benar mempunyai integriti yang tinggi dalam memikul amanah rakyat dan negara.

Namun dipihak pembangkang ramai juga yang identiti dan latarbelakang mereka masih diragui status bebas rasuah mereka. Jika pemimpin Pakatan Harapan dan pembangkang yang lain benar-benar ikhlas kepada rakyat, sudah pasti mereka akan mengikuti jejak langkah kerajaan Barisan Nasional itu.

Tapi malangnya Kerajaan Selangor hingga ke hari ini, saat ini masih belum menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang disarankan oleh SPRM bagi membolehkan pihak berkuasa anti rasuah tersebut menjalankan siasatan dan pemantauan atas setiap aktiviti yang dijalankan di dalam negeri tersebut.

Malah Pulau Pinang juga antara negeri kedua terakhir yang bersetuju untuk menandatangani IBR dengan 10 penambahan yang sebenarnya tidak diperlukan pun oleh SPRM.

Namun apa yang paling menyedihkan apabila Menteri Besar Selangor meletakkan syarat tambahan kepada SPRM dengan cuba memasukkan beberapa penambah baikan dan juga beberapa cadangan lain yang difikirkan perlu mengikut peredaran masa.

Adakah usaha penambahan syarat ini bagi mengelak mereka yang berkepentingan terjerat dengan aku janji sendiri?

Walau apa pun yang terjadi, Barisan Nasional bersifat telus dan ikhlas untuk memastikan calon pilihanraya mereka pada PRU-14 yang akan datang bebas rasuah.

Comments