SETIA ASAS KEKUATAN BN SABAH


Kesetiaan terhadap pemimpin serta konsep perkongsian kuasa dalam gabungan pelbagai parti komponen menjadi asas penting mengukuhkan kedudukan kerajaan Sabah diterajui Barisan Nasional. Malah, rekod prestasi dan kemampuan BN untuk membawa lebih banyak pembangunan di negeri ini jelas membuktikan bagaimana gabungan parti terbabit menghargai kepercayaan dan keyakinan rakyat.

BN Sabah mengulangi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepemimpinan Perdana Menteri yang Datuk Seri Najib Razak untuk memimpin dan meneruskan perjuangan parti demi memastikan kejayaan transformasi pembangunan negara dalam semua aspek.

Selain itu, perpaduan dalam parti perlu terus diperkukuhkan kerana ia aspek penting untuk memastikan BN tetap kukuh dan stabil untuk terus berkhidmat kepada rakyat. Dalam konteks keluarga besar BN Sabah, walaupun ia menggabungkan pelbagai parti yang mempunyai latar belakang berbeza, BN tetap berkongsi objektif dan matlamat sama.

Kepelbagaian pendekatan dalam melaksanakan tanggungjawab kepada ahli parti dan rakyat bukan penghalang untuk saling bekerjasama membangun dan memajukan lagi masyarakat dan negeri pada keseluruhannya.

Dengan tema ‘Merancakkan Transformasi, Menunaikkan Aspirasi’, ia selari dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan sistem penyampaian awam. Ia termasuk peranan semua parti politik dan pelaksanaan pelbagai dasar untuk kesejahteraan rakyat Sabah dan meningkatkan taraf hidup semua kaum.

Posted by - Khalish Fatin

Comments