SESEBUAH NEGARA PERLUKAN KERAJAAN YANG BIJAK UNTUK EKONOMI YANG KUAT



Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah pada waktu ini adalah sebuah kerajaan ideal dan boleh dijadikan model untuk negara-negara yang sedang membangun.

Kerajaan Barisan Nasional juga bukan kerajaan populis dengan hanya menabur janji untuk meraih sokongan rakyat, akan tetapi ianya sebuah kerajaan yang benar-benar menjaga kebajikan rakyat.

Berdasarkan tulisan Bill Clinton dalam bukunya berjudul Back to Work: Why We Need Smart Government for a Strong Economy, ada me­nyatakan sesebuah negara perlukan kerajaan yang bijak untuk ekonomi yang kuat.

Clinton tu­rut menyatakan, se­buah kerajaan yang bijak adalah kerajaan yang kukuh, bersatu, menjaga ke­bajikan rakyat dan yang tidak ber­pe­cah-belah.

Dalam konteks itu, ha­nya UMNO dan Barisan Nasional di negara ini mempunyai ciri-ciri ber­kenaan.

Lees-Marshment dalam bu­kunya The Political Marketing Game turut menyatakan, untuk menang dalam pilihan raya, sesebuah parti mesti mempunyai strategi pemasaran politik yang baik.

Satu daripada strategi tersebut ialah berasaskan kepada pasaran, iaitu parti hendaklah mempunyai satu produk besar yang boleh dipasarkan kepada rakyat.

Segala yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak dan keseluruhan barisan kabinetnya membuktikan bahawa mereka sememangnya tidak menoleh ke belakang lagi. Mereka menuju ke arah satu matlamat untuk memajukan rakyat dan negara.

Perkembangan ekonomi, politik dan sosial dijaga dari zaman kemerdekaan hingga ke hari ini bagi memastikan rakyat dapat merasai pembangunan yang seiring dengan kejayaan yang negara kecapi selama ini.

Comments