Selangor malang bertimpa-timpa di bawah pentadbiran Azmin Ali apabila dilihat bukan sahaja gagal melaksanakan janji-janji dalam manifesto pilihan raya malahan terlalu lemah daripada aspek pentadbiran sehinggakan menjuruskan negeri Selangor ke arah kemunduran dan kebinasaan.
Macam-macam perkara yang terjadi selepas Kerajaan PKR Selangor di bawah pimpinan Azmin Ali sehingga menyebabkan rakyat Selangor menjadi rimas dan semakin hilang kepercayaan. Rakyat Selangor sendiri boleh melihat berapa kerap wakil rakyat dan Exco Selangor yang turun ke padang mendengar masalah dan menyelesaikan segala permasalahan rakyat Selangor.
Terlalu banyak permasalahan yang dihadapi oleh rakyat Selangor antaranya di Selangor wujudnya banyak kedai judi, rumah urut dan pusat maksiat yang tumbuh bagaikan cendawan di merata-rata tempat dan semakin bertambah setiap hari. Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan ada lebih 10,000 buah kedai judi, rumah urut, hotel bajet, hiburan , dan pusat maksiat di Selangor yang kebanyakkannya didalangi oleh Cina DAP.
Bukan itu sahaja bahkan, masalah air, kilang-kilang haram yang didirikan oleh taukeh-taukeh Cina DAP di tepi sungai dan segala sisa toksid dan pepejal dibuang di merata-rata tempat yang boleh mengakibatkan pencemaran alam sekitar dan membahayakan orang ramai.
Landskap, longkang dan parit juga tidak dijaga dengan baik dan kontrak yang diberikan kepada kroni pemimpin PKR dan DAP yang menyebabkan peningkatan kes denggi sekaligus membahayakan keadaan dan kesihatan penduduk Selangor.
Selain itu, kemudahan jalan raya dibiarkan berlubang-lubang yang boleh membahayakan pengguna khasnya penunggang motorsikal sehingga mengakibatkan beberapa kemalangan maut yang disebabkan masalah jalan raya yang berlubang ini.
Cukai pintu dan lesen perniagaan yang dijanjikan percuma dalam manifesti PKR langsung tidak dilaksanakan dan hanya sekadar janji , manakala banyak rumah yang gagal membayar cukai pintu akan dikenakan tindakan termasuklah disita.
Mana perginya pemimpin-pemimpin PKR yang dulunya sebelum menjadi kerajaan negeri begitu hebat menabur janji-janji? Apakah pemimpin-pemimpin PKR selepas memenangi Kerajaan Selangor daripada Barisan Nasional maka segala manifesto dan janji-janji diabaikan dan dibiarkan begitu sahaja.
Inilah kehebatan yang dimiliki oleh pemimpin pakatan pembangkang seperti PKR yang hanya mampu merosakkan Selangor dalam tempoh mereka mentadbir Selangor selepas dibina dan dimajukan oleh Barisan Nasional selama lebih 54 tahun. Musnah begitu sahaja diperlakukan dengan kejam oleh parti pembangkang PKR.
Tembelang kerajaan pakatan pembangkang ini terbongkar sehingga menyebabkan rakyat Selangor sendiri semakin sesak nafas dan sukar bertahan lagi. Kita sebagai rakyat Selangor perlu bertindak menyuarakan bantahan dan rasa tidak puas hati dan pastikan kita tidak lagi memilih Kerajaan PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.
Kesimpulannya rakyat Selangor seharusnya menjadikan ini suatu pengajaran agar tidak lagi membuat pilihan yang salah pada masa hadapan, satu undian untuk Pakatan Harapan adalah satu undian untuk PKR. Sedarlah rakyat Selangor, jangan lagi terpedaya dan terpengaruh dengan propaganda dan agenda politik Azmin Ali dan Parti PKR.

Comments
Post a Comment