SARAWAK DIABAI SELAMA 22 TAHUN KETIKA ERA TUN DR MAHATHIR


Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir memberi ceramah di Kuching Sarawak dalam program ceramah Pakatan Harapan, ‘Tawaran Baru, Harapan Baru’.Tun Mahathir hadir ke Sarawak bersama isteri Siti Hasmah dengan menaiki jet peribadi mewah.Apa yang pelik, kini Pengerusi PakatanHarapan itu dilihat terhegeh- hegeh untuk mengambil tahu hal berkaitan dengan negeri Sarawak dengan hadir memberi ceramah di ibu kota Sarawak.

Mengapa sekarang baru menyibuk hendak datangke Sarawak? 22 tahun beliau berkuasa, apa yang telah Tun Mahathir sumbangkan pada negeri Sarawak. Jawapannya mudah, pembangunan Sarawak diabaikan semasa beliau berkuasa dan menjadi Perdana Menteri.Kini beliau kembali ke Sarawak menagih simpati untuk Pakatan Harapan.

Hakikatnya Sarawak tidak mendapat perhatian yang sewajarnya daripada Tun Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia berbanding Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.Ianya amat berbeza dengan kepimpinan Najib, yang memberi tumpuan dan keutamaan keatas pembangunan dan perjawatan untuk pemimpin-pemimpin Sarawak dalam barisan kabinet kerajaan Malaysia.

Pandangan dan layananTun Mahathir terhadap Sarawak dan Sabah juga dapat dilihat dengan bentuk penekanan yang diberikan terhadap tarikh keramat penubuhan Malaysia iaitu 16 September yang langsung tidak signifikan baginya .Najib sebaliknya bukan sekadar menjadikan 16 September cuti umum, malah di awal beliau menjadi Perdana Menteri iaitu pada tahun 2009, sambutan penyertaan Sarawak dan Sabah dalam Malaysia pada16 September telah diraikan dengan lebih signifikan dan bermakna.

Bukan sekadar persoalan cuti atau perayaan, tetapi perkara ini boleh menzahirkan bagaimana seseorang pemimpin dan kepimpinan melihat dan mengiktiraf kedudukan Sarawakdan Sabah.

Peruntukan pembangunan luarbandar yang diberikan oleh Najib untuk Sarawak dalam tempoh 8 tahun beliau mengetuai Kerajaan Persekutuan juga lebih banyak berbanding 22 tahunTun Mahathir menjadiPerdanaMenteri. Antaranya pembinaan lebuhraya Pan Borneo, RTC di kawasanluar Bandar, hospital, klinik bergerak 1Malaysia dan sebagainya.

Dalam perkara ini, biar rakyat Sarawak khususnya generasi muda menilai rekod prestasi Tun Mahathir di Sarawak sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.Rakyat Sarawak dan generasi mudanya perlu ingat dan menilai prestasi Tun Mahathir bersandarkan sejarah dan rekod perkhidmatannya kepada Sarawak.Apa yang pasti pembangunan Sarawak dipinggirkan dan diabaikan ketika beliau berkuasa.

Jelas di sini ketika era Pak Lah dan Najib, Sabah dan Sarawak diberi peluang yang banyak dalam Kabinet dan terbukti, Sabahan danSarawakian boleh membantu Kerajaandan Negara dengan lebih baik. Sebagaicontoh, Menteri Luar Anifah Aman kelihatan lebih berkesan berbanding Menteri-Menteri Luar era Tun Dr. Mahathir.Datuk Nancy Syukri dan Rohani Abdul Karim nampakl ebih berkesan berbanding Menteri-Menteri wanita era Tun Dr. Mahathir.

Begitu juga jawatan-jawatanpentingdalamkerajaanketika era TunDr Mahathir, rakyat Sabah dan Sarawak kurang diberi peluang malah boleh dikira dengan 5 jari. Namunbegitu, ketika era Pak Lah dan Najib, pegawai-pegawai kerajaan kelahiran Sabah dan Sarawak telah diberi peluang memegang jawatan-jawatan tertinggi dalam kerajaan seperti KSU, TKSU, KP, Pengarah-Pengarah dan pegawai-pegawai kanan kerajaan. Ini bermakna, Perkara 20 semakin dipenuhi ketika era Pak Lah dan Najib.Najib dan Pak Lah lebih memahami semangat Perkara 20 berbanding Perdana Menteri sebelumnya.

Mahukan kita melihat nasib orang Sarawak diperkecilkan lagi sebagaimana ketika Tun Mahathir berkuasa.JikaTun Mahathir berkuasa nasib yang sama bakal berulang. Lihat saja gaya kehidupan mewahnya, datang ke Sarawak pun naik jet peribadi mewah. Di mana nasib dan masa hadapan rakyat Sarawak jika Pakatan Harapan memerintah! Barangkali sejarah bakal berulang kembali sepert idahulu, iaitu tidak diberi peluang dan dianaktirikan, kerana Pengerusi Pakatan Harapan adalah orang yang sama.

Comments