POLITIK TOKSIK DR MAHATHIR & PARTI PEMBANGKANG LEBIH DASYAT DAN MENGERUNKAN



Himpunan "Wanita Bantah Politik Toksik" yang dianjurkan sekumpulan aktivis wanita hujung minggu lalu bersifat dangkal dan tidak mencerminkan situasi sebenar politik negara. Dengan Siti Hasmah isteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi ceramah politiknya.

Sebenarnya banyak isu yang ditimbulkan telah ditangani dengan baik oleh kerajaan dari semasa ke semasa.Hakikatnya keadaan sebenarnya lebih teruk di era Tun Dr Mahathir mentadbir negara dan ini tidak disedari Siti Hasmah.

Jangan lupa sewaktu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih wujud di bawah kepimpinan suaminya, kita dapat melihat betapa ramai mulut terkunci kerana tidak boleh berbuat apa-apa disebabkan tidak adanya semangat demokrasi.Cara ini lagi teruk dan sememangnya perlu digelar sebagai 'politik toksik' yang sebenarnya!

Pada 10 September lalu, Siti Hasmah bersama-sama 1,000 peserta, hampir semuanya wanita dan berbaju ungu, berarak ke Pusat Beli Belah Sogo bagi membantah 'politik toksik' seperti seksime, perkauman dan keganasan dalam politik. Antara aktivis yang menyertai himpunan itu adalah Maria Chin Abdullah, Datuk Ambiga Sreenevasan, Siti Kassim, Marina Mahathir dan Datuk Noor Faridah Ariffin.

Perlu diingatkan kembali bahawa ahli dewan undangan negeri Penanti Dr Norlela Ariffin yang menurutnya dibuli dan dicerca kerana mempertahankan nasib penduduk di kawasannya. Mungkin mereka yang hadir himpunan ini lupa tentang nasib orang-orang sendiri sebaliknya menyalahkan orang lain.

ADUN PKR itu baru-baru ini menerima kritikan penyokong Pakatan Harapan kerana membangkitkan isu kilang haram di kawasan DUN Penanti. Tindakannya itu menyebabkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan dan menahan Exco Pulau Pinang Phee Boon Poh atas tuduhan rasuah.

Pendek kata lebih baik pihak pembangkang menilai diri mereka semula sebelum menjalankan kempen ini. Ini kerana politik toksik yang dibawa mereka lebih dasyat dan mengerunkan orang ramai. Politik fitnah, buli, caci mencaci, negatif, liar dan sebagainya datang dari parti pembangkang itu sendiri.

Comments