POLITIK PERKAUMAN, SIAPA YANG BERTANGGUNJAWAB? IANYA LAHIR SELEPAS DAP WUJUD



DAP bertanggungjawab mewujudkan politik perkauman kerana politik sebegitu hanya wujud selepas tertubuhnya parti itu. UMNO diwujudkan hampir 20 tahun lebih awal sebelum lahirnya DAP. Politik pelbagai kaum ketika itu cukup harmoni.

Tetapi setelah Singapura dikeluarkan dari negara ini, parti serpihan PAP muncul iaitu DAP dan sejak wujudnya DAP yang bertanding dalam pilihan raya maka banyak isu perkauman dipolitikkan, sebagaimana kita tahu telah berlaku pergaduhan kaum dan tragedi hitam di negara pada 13 Mei 1969.

Lipatan sejarah ini harus dibuka semula bagi membolehkan generasi lama dan baru mengenali siapa sebenarnya DAP serta mendedahkan kepada orang ramai bagaimana politik perkauman mula timbul.

Dalam hal ini, senario politik perkauman sememangnya sudah sebati dalam DAP dan ianya menjadi agenda utama DAP untuk melumpuhkan parti Islam di Malaysia. Mereka berjaya meracuni pemikiran orang-orang Cina untuk membenci kerajaan malah orang-orang Melayu juga menjadi sasaran mereka. Mereka mahu melihat orang Melayu berpecah.

Bukan itu saja, kita lihat DAP terpaksa berulang kali menangkis dakwaan bahawa ia adalah parti cauvinis Cina yang mengancam kedudukan Islam dan orang Melayu di Malaysia.

Malah pemimpin parti DAP sentiasa mendakwa parti-parti Melayu seperti UMNO dan PAS sentiasa menggunakan hujah DAP anti Islam untuk mencetuskan rasa takut di kalangan pengundi Melayu-Islam.

Untuk mengubah persepsi itu, DAP membawa masuk lebih ramai anggota Melayu ke dalam parti itu dan meletakkan mereka sebagai calon untuk bertanding pada pilihan raya yang mana rakyat tidak tahu tujuan dan motif di sebalik tindakan mereka itu yang lebih bertujuan untuk mendapat undi Melayu.

DAP adalah parti yang jauh berbeza dengan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA, Gerakan dan MIC serta anggota lain yang mementingkan perpaduan dan keharmonian di antara kaum dan parti. Kesatuan parti komponen BN bukan Islam ini lah yang menjadi tunjang kejayaan BN kerana kepelbagaian dan keharmonian yang diwujudkan mereka.

Comments