Pada 16 September 2017 yang lepas, Pakatan Harapan telah menganjurkan Ceramah Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi di Rampai Business Park, Setapak, Kuala Lumpur yang dihadiri pemimpin utama Pakatan Harapan dari Parti PKR, DAP, PPBM dan Amanah.
Di antara pemimpin-pemimpin yang dijemput untuk memberi ceramah adalah seperti Dato' Seri Dr Wan Azizah, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Nik Nazmi , Tony Pua, Saifuddin Nasution , Khairuddin Abu Hassan, Dr Idris Ahmad, Syed Saddiq dan Faiz Fadzil Noor.
Di mana Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR? Adakah dia tidak dijemput untuk memberi ceramah dalam program ceramah ini atau diboikot dan disisih secara senyap oleh partinya sendiri PKR.
Seperti yang semua sedia maklum, PKR kini bergelut dengan masalah krisis dalaman ekoran tindakan Rafizi Ramli yang suka membuat tindakan membelakangi parti. Malah dia juga sibuk dengan NGO Invoke yang tidak diiktiraf oleh pemimpin-pemimpin PKR. Tidak mustahil, PKR kini berpuak-puak kerana Rafizi Ramli.
Apa yang jelas, Rafizi Ramli adalah pemimpin utama PKR yang lantang bersuara untuk parti PKR tetapi kini dilihat mula disisihkan dan diabaikan oleh parti PKR. Akibat daripada kelantangan Rafizi Ramli dan sikapnya yang suka bertindak sendiri tanpa merujuk kepada parti telah menyebabkan Rafizi Ramli perlu berdepan dengan risiko diboikot oleh partinya sendiri.
Pendek kata kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Ini adalah petanda-petanda karier politik Rafizi Ramli di penghujung jalan, dia bakal diboikot dan disisih partinya sendiri secara senyap dan halus oleh pihak-pihak tertentu dalam parti PKR.

Comments
Post a Comment