PERBEZAAN GST INDIA YANG TERLALU TINGGI DAN GST MALAYSIA YANG TERENDAH DI ASIA



Page Suara Rakyat pernah memaparkan bahawa GST India yang dikenakan sebanyak 28% hanya pada barangan mewah, manakala 5% untuk barangan keperluan sahaja.

Apa yang dimaksudkan dengan kadar GST 5% barang keperluan di India jika dibandingkan di Malaysia adalah amat jauh sekali.

Terdapat beberapa barangan keperluan asas di Malaysia yang langsung tidak dikenakan GST merangkumi beberapa pecahan.

- Keperluan asas 0% - RON95 dan beras

- Ada yang bersubsidi - pendidikan sekolah menengah, rawatan
dan ubat hospital

- Ada pula yang diletak bawah harga kawalan iaitu tarif elektrik.

Manakala kadar GST 28% barangan mewah di India adalah terlalu tinggi buat rakyatnya yang berpendapatan rendah.

Barangan mewah atau tidak mewah di Malaysia adalah dalam kadar yang sama iaitu 6% sahaja.

Rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur Malaysia mengenakan GST pada kadar yang minima dan antara yang terendah di rantau Asia.

Berbeza pula dengan GST di India, mereka memecahkan kumpulan barangan dengan kadar cukai GST yang tertentu.

Kadar 15% - cheese, sosej, handphone, kicap

Kadar 18% - biskut, kek, aiskrim, mineral water

Kadar 28% - cat, deodoren, shampo rambut, krim pencukur,
pencukur

Apabila dikaji semula, adakah RON95, kicap, mineral water, deodoren merupakan barangan mewah buat rakyat India?

Kalau ya pun pembangkang tidak suka Malaysia, tidak perlulah menghebahkan perkara yang tidak pasti untuk kepentingan politik mereka.

Rakyat juga perlu tahu seramai 127 juta atau 13% rakyat India hidup dengan pendapatan di bawah USD2 sehari (lebih kurang RM8.00 sehari atau RM240.00 sebulan).

Sekiranya GST terus dilaksanakan di India, yang miskin akan terus miskin manakala yang kaya akan jatuh miskin kerana terpaksa membayar GST yang terlalu tinggi.

Comments