PENYERTAAN HINDRAF DALAM PAKATAN HARAPAN DAPAT TENTANGAN DAP & GANABATIRAU VERAMAN



Dr Mahathir dilihat mahu membawa masuk Hindraf sebagai sekutu ke lima ke dalam Pakatan Harapan (PH) selepas Pengerusi Pakatan Harapan, itu bersetuju gerakan hak asasi itu boleh memainkan peranan penting memastikan kemenangan Pakatan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Sebelum ini, Zaid Ibrahim dalam kenyataan di blog rasmi miliknya meminta Pakatan Harapan menerima gerakan Hindraf masuk ke dalam pakatan pembangkang. Cadangan Datuk Zaid Ibrahim supaya Pakatan Harapan untuk bekerjasama dengan Hindraf adalah satu cadangan yang baik kata P Waytha Moorthy, Pengerusi Hindraf.

Tujuan Zaid menggesa Pakatan Harapan supaya menjadikan Hindraf sebagai rakan sekutunya bagi menarik sokongan kaum India terhadap pakatan terbabit tetapi perkara ini tidak dilihat positif oleh DAP khususnya V. Ganabatirau dan juga pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang.

Lim Kit Siang dan V. Ganabatirau melihat kerjasama ini hanya akan mengundang bencana kepada Pakatan Harapan kerana Ganabatirau lebih tahu perangai dan tingkah laku P Waytha Moorthy. Oleh itu, DAP menentang kerjasama ini dan berharap agar hubungan kerjasama dengan Hindraf itu tidak perlu. Hindraf tidak akan membawa apa-apa kebaikan buat mereka melainkan masalah sahaja.

Comments