PENULIS BLOG SYED AKBAR ALI CUBA PUTAR BELIT FAKTA PERTEMUAN NAJIB-TRUMP DI AMERIKA SYARIKAT



Dalam artikel yang ditulis Syed Akbar Ali pada 13 September 2017, penulis telah mengkritik pertemuan Perdana Menteri Najib Razak dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. Kenapa penulis berfikiran negatif dan cuba memutar belitkan fakta pertemuan ini dengan menjaja dan memutar belitkan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara.

Bila dibawa pelabur masuk ke dalam negara dikatanya nak jual negara. Bila kita nak melabur ke luar negara dikatanya membazir & sia- sia pula. Sebenarnya apa cara terbaik untuk kita meningkatkan ekonomi kita? Perdana Menteri Najib Razak tidak pergi AS, pembangkang kata Najib penakut, tapi bila Najib pergi AS, Najib ditakut2kan pula oleh pembangkang.

Ini lah perangai yang mereka untuk memanipulasi isu lawatan PM ke AS. Mereka akan berbuat apa saja demi untuk menyesatkan rakyat dan untuk mengiyakan perbuatan mereka. Sama juga dengan tindakan penulis ini yang cuba memutar belitkan isu ini dengan fakta dan angka ekonominya yang mengelirukan. Ternyata penulis sudah tiada idea dan modal sebaliknya menulis dalam blognya untuk menyerang kepimpinan PM Najib.

Penulis Syed Akbar Ali juga tidak sedar bahawa lebihan dagangan dengan Amerika Syarikat (AS) sebenarnya telah menguntungkan Malaysia. Pertemuan Perdana Menteri Najib Razak dengan Presiden AS, Donald Trump bakal mengukuhkan lagi hubungan perdagangan antara kedua negara di samping membawa keuntungan kepada Malaysia berdasarkan nilai import-eksport kedua negara itu.

Tahun lalu, Malaysia mengimport barangan bernilai RM55.7 billion dari AS berbanding dengan nilai ekspot ke AS RM80.2 bilion. Jelas sekali di sini ada lebihan dagangan iaitu lebih daripada RM24.5 billion yang berpihak pada Malaysia.

Rancangan Malaysia untuk mengadakan perjanjian pembelian pesawat Boeing daripada AS bernilai RM10 bilion dalam tempoh 5 tahun adalah langkah bijak untuk meneruskan keuntungan perdagangan dengan negara kuasa besar itu.

Selain itu, kenapa penulis bimbang dengan pembelian pesawat baru MAS? Tidak kah penulis membuat kajian bahawa, sebenarnya pada November 2016 Malaysia Airlines Berhad telah mengumumkan akan membeli 25 lagi pesawat (selepas dua tragedi berbeza 2 tahun lalu). MAS akan menggantikan 15 pesawat untuk menggantikan pesawat yang telah agak lama, serta menambah 10 lagi pesawat bagi menjana keuntungan buat syarikat. Malah MAS katanya akan memuktamadkan keputusan itu pertengahan 2017.

Oleh itu pembelian pesawat MAS yang diumumkan oleh YAB PM ketika lawatan ke Amerika Syarikat dan bertemu dengan Donald Trumph Presiden Amerika bukanlah secara tiba-tiba tetapi dirancang lebih awal.

Rakyat perlu sedar mainan politik yang dimainkan oleh penulis dan pembangkang. Rakyat juga tidak perlu terpengaruh dengan hasutan penulis blog murahan ini yang sanggup memesongkan fakta untuk memburukkan lawatan Perdana Menteri Najib ke AS kerana tindakan mereka yang khusyuk memutarbelit fakta hanya bertujuan untuk menyesatkan orang ramai. Sudah pasti hubungan dagangan yang dibuat antara Malaysia dan Amerika Syarikat semestinya akan mebawa keuntungan buat kedua-dua negara. Itu sudah pasti.

Comments