Pengundi Sekarang Dah Pandai Menilai, Azmin Ali, Rafizi Ramli Zuraida Bakal Di Usir Dari Bertanding Semula Di Kerusi Parlimen



KEDUDUKAN Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di kerusi Parlimen Gombak dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli di kawasan Parlimen Pandan dijangka goyah berdasarkan kepada responden kaji selidik dilakukan Sinar Harian.

Kemungkinan isu-isu kepartian dan pentadbiran Negeri Selangor di antara ketiga-tiga pemimpin ini yang membuatkan rakyat mempunyai persepsi negatif hingga mempersoalkan kepimpinan mereka.

Malah kewujudan DUA kumpulan dalam PKR juga menggambarkan bahawa mereka yang mahu bekerjasama dengan PAS sebelum ini ditolak mentah-mentah oleh kepimpinan Pakatan Harapan dan pengundi di kawasan mereka.

Kajian yang telah dilakukan Sinar Harian mendapati Respons diterima daripada 550 responden, 300 daripadanya mahu ketiga-tiga wakil rakyat di tiga kawasan parlimen itu ditukar tanpa ada pendapat seorang pun daripada responden yang bersikap berkecuali.

Jika dilihat daripada senario ini, kemungkinan kekuatan Mohamed Azmin hanya kukuh di kerusi Dun yang meletakkan beliau sebagai seorang Menteri Besar.

Seorang wakil pemimpin kanan PKR iaitu Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin juga menunjukkan pengurangan sokongan berdasarkan respons di kawasan Parlimen Ampang.

Jika personaliti politik seperti Mohamed Azmin, Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin dipersoalkan, maka langkah untuk tidak mencalonkan mereka kembali adalah perlu kerana keberadaan mereka di dalam Dewan Parlimen hanya sebagai nasi tambah.

Comments