Pertemuan positif dan mesra antara Presiden Amerika Syarikat
Donald Trump dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukan sahaja satu
penghormatan tinggi kerajaan Amerika kepada Najib dan Malaysia, malah
menyerlahkan pembohongan pembangkang di negara ini.
Pertemuan yang berlangsung pada Selasa di Rumah Putih atas undangan Trump itu,
membuka pembohongan dan fitnah terhadap Perdana Menteri Najib oleh pembangkang
selama ini termasuk oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pertemuan Trump dengan Najib menutup segala fitnah yang dilemparkan ke atas
pemimpin negara dan membuka pembohongan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad serta pembangkang yang satu ketika dahulu mengatakan Najib akan
ditangkap jika ke Amerika Syarikat, malah pesawat pun tidak dibenarkan melalui
ruang udara negara itu.
Malah isu Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) yang diuar-uar pembangkang juga tidak menjadi
persoalan dalam pertemuan itu sepertimana yang digembar-gemburkan pihak
pembangkang. Selain itu tuduhan pembangkang yang mempercayai bahawa FBI akan
mengambil tindakan ke atas Najib juga ternyata meleset dan tidak benar.
Pendek kata ini isu yang dimainkan oleh pihak pembangkang
hanyalah imaginasi-imaginasi liar yang dibuat-buat pihak pembangkang khusus Tun
Dr Mahathir dan Pakatan Harapan. Mereka menerima aib sendiri kerana tindakan
membabi buta mereka dan kini pertemuan Najib, Trump menyerlahkan pembohongan
Pembangkang .

Comments
Post a Comment