PEMBANGKANG CUBA TIPU RAKYAT TENTANG GST


Pembangkang cuba menipu rakyat apabila menuduh kerajaan terpaksa melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) ekoran kegagalan urus tadbir kerajaan. Tuduhan itu tidak berasas, kerana 160 buah negara lain turut melaksanakan GST termasuk negara-negara maju seperti England, Perancis, Jerman dan Kanada.

Malah, Arab Saudi, negara pengeluar minyak tertinggi turut memperkenalkan GST seperti negara-negara lain di seluruh dunia.

Penipuan songsang itu adalah satu lagi percubaan meraih sokongan meskipun pembangkang memahami tujuan sebenar GST diperkenalkan, malahan mereka pernah berkali-kali menyatakan akan turut mengekalkan GST.

Menurut Perdana Menteri, selama ini pendapatan negara banyak ditampung hasil minyak bagi memastikan perkhidmatan awam dan perkhidmatan asas dapat dinikmati rakyat.

Namun, pada tahun 2014, harga minyak global mula menjunam, dan Malaysia turut terkesan. Keadaan ini menyebabkan hasil negara ketika itu berkurang sehingga lebih RM40 bilion, satu jumlah yang pasti menyebabkan banyak perkhidmatan terpaksa dihentikan.

Menyedari bahawa kebergantungan hasil negara pada industri minyak tidak stabil, GST diperlukan untuk memastikan perkhidmatan dan kemudahan asas dapat diteruskan.

Sehingga hari ini kualiti hidup rakyat masih terjaga kerana dibiayai GST. Hakikatnya tidak ada cukai yang popular tidak kiralah sebanyak mana pembangunan dan kemudahan yang wujud hasil cukai tersebut.

Taksubnya Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan kerajaan, beliau memaksa pemimpin pembangkang lain menipu rakyat dengan menjanjikan penghapusan GST walaupun mereka semua sedar yang tanpa sumber pendapatan menggantikan hasil minyak, ekonomi negara akan lumpuh dan rakyat akan menderita. Namun Tun Mahathir tidak kisah asalkan beliau dapat menjatuhkan kerajaan.

Berharap rakyat Malaysia menolak dakyah dan penipuan yang hanya bertujuan mengumpul sokongan tanpa sebarang rasa tanggungjawab kepada negara dan masyarakat.

Comments