PAKATAN HARAPAN TIADA AGENDA MEMARTABATKAN ORANG MELAYU DAN AGAMA ISLAM PUNCA MC TYSON KEMBALI KEPANGKUAN UMNO & BARISAN NASIONAL



Tan Sri Muhammad Muhd Taib atau lebih dikenali sebagai Mc Tyson dalam dunia politik telah membuktikan bahawa UMNO adalah sebaik-baik parti untuk memperjuangkan hak-hak orang Melayu, bumiputera dan yang lebih penting adalah memperjuangkan agama Islam.

Mc Tyson sebelum ini telah keluar parti Umno untuk menyertai PAS dan PKR dalam masa beberapa tahun. Dia seolah-olah membuat kajian dalam gabungan pakatan pembangkang tersebut sejauhmana PH memartabatkan kedudukan Melayu dan Islam dalam perjuangan mereka.

Apabila dapatannya meleset mengenai perjuangan PH terhadap Melayu dan Islam, barulah dia sedar bahawa hanya UMNO dan BN yang benar-benar parti yang boleh membawa kemajuan dan boleh mempertahankan hak-hak samada dari segi sudut sosial, ekonomi malah agama.

Barisan Nasional yang berpengalaman selama lebih 59 tahun mentadbir negara sudah terbukti mampu menjamin keharmonian dan menjaga kestabilan antara kaum yang tinggal di dalam negara berlandaskan Perlembagaan Negara yang telah ditetapkan.

Pihak PH hanya tahu melakukan porak peranda dan kekacauan serta memecahbelah perpaduan yang sedia terjalin selama ini melalui hasutan dan fitnah yang mereka cipta.

Kepada pemimpin dan bekas ahli Umno atau Barisan Nasional lain yang masih bersama PH, mahu diingatkan peluang kepada mereka pulang kepangkuan Umno dan BN masih terbuka.

Mereka yang menyokong pembangkang pada hari ini harus sedar bahawa kepimpinan PH pada masa ini sedang bergolak dan masing-masing hanya tamakkan kuasa dan jawatan. Apabila senario ini berlaku, rakyat dan anggota bawahan yang menjadi mangsa.

Ini berbeza dengan kemuafakatan yang wujud di bawah pentadbiran PM Najib dan kerajaan BN dimana semua kaum, bangsa dan agama mendapat hak mereka secara adil. Malah dalam mentadbir kerajaan BN juga sanggup berkongsi kuasa dari seluruh parti untuk menjadikan Malaysia aman dan makmur.

Comments