Baru-baru ini Mahathir dan kumpulan-kumpulan penyokongnya telah menuduh Najib cuba untuk memadamkan nama Mahathir daripada sejarah negara. Kononnya perkara tersebut dilakukan untuk menidakkan sumbangan Mahathir kepada negara. Mungkin Mahathir membuat pernyataan demikian kerana beliau sendiri pernah melakukan perkara sama kepada Sebagai contoh, nama bekas Perdana Menteri Tun Abdul Rahman ‘dipadamkan’ dari ruang kolumnis akhbar The Star (milik MCA) pada tahun 1986 atas arahan Mahathir. Tun Abdul Rahman telah dilarang untuk menulis di kolumnis akhbar tersebut.
Masalah dengan tuduhan Mahathir adalah hampir mustahil untuk memadamkan apa-apa rekod sejarah pada zaman ini, terutamanya dengan perkembangan internet. Sudah tentu maklumat mengenai Mahathir boleh diperoleh daripada mana-mana sumber sahaja.
Sebaliknya, apa yang Mahathir perlu bimbangkan adalah kesukaran untuk memadamkan rekod sejarah pada zaman ini.
Contoh yang baik rekod yang perlu dipadamkan oleh Mahathir adalah berkenaan prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kes kerugian akibat urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia sekitar 1990an. Suruhanjaya yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan turut dianggotai Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md. Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon; Ahli Institut Akauntan Malaysia, K. Pushpanathan dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Dr. Yusof Ismail sebagai setiausaha suruhanjaya siasatan itu.
Mahathir telah menuduh RCI ditubuhkan atas niat jahat (mala fide menurut istilah undang-undang) tetapi sebaliknya Mahathir telah menggunakan kaedah yang lebih keras untuk menutup mulut pengkritik-pengkritik beliau. Contoh terbaik adalah sekutu baru beliau Anwar Ibrahim yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mendedahkan Mahathir menggunakan Petronas bagi membeli syarikat perkapalan Mirzan dengan harga RM 2 billion walaupun harga pasaran syarikat tersebut hanya RM 1 billion.
Sebaliknya RCI ditubuhkan hasil usaha tanpa jemu seorang lagi sekutu baru beliau iaitu Lim Kit Siang yang mendesak agar RCI ditubuhkan bagi menyiasat kes kerugian akibat urus biaga mata wang asing semenjak 1993. Bagi tujuan rekod, Lim Kit Siang tidak pernah mengubah pendirian beliau mengenai isu ini walaupun setelah Pakatan Harapan ditubuhkan.
Jadi, apa yang perlu Mahathir bimbang? Tiada orang yang cuba memadamkan nama beliau. Sebaliknya beliau mungkin patut berhenti daripada mencemarkan nama baik beliau sendiri

Comments
Post a Comment