NAJIB TIDAK PERLU LAKUKAN SKILL "BAIL OUT" DAN "COVER UP" UNTUK SELAMATKAN 1MDB



Bank Negara Malaysia dikatakan pernah berstatus bankrap ketika zaman pemerintahan Tun M. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) yang menyiasat pelaburan Forex yang melibatkan dana BNM.

Pengesahan RCI mengukuhkan lagi dakwaan bahawa "orang atasan" yang dimaksudkan oleh beberapa individu yang telah memberikan keterangan kepada RCI sebelum ini memang terlibat secara langsung dengan pelaburan haram tersebut.

Bank Negara didakwa sudah "insolvent" ataupun bankrap apabila sudah hilang RM32.5 bilion (RM100 bilion sekarang).Walau bagaimanapun, bagi tidak mahu menahan malu dan tidak mahu kedudukan dalam politik mereka diancam, "orang atasan" ini telah bertindak untuk menutup rahsia kerugian berkenaan dengan bailout secara senyap-senyap.

Walaupun arahan bailout itu dinamakan kepada pihak kerajaan, namun ianya mesti melalui suatu proses perbincangan yang perlu melibatkan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Gabenor BNM, Penasihat dan suruhanjaya yang dilantik.

Namun malangnya, apabila mereka dipanggil semula untuk memberi keterangan di hadapan RCI, banyak watak-watak pada masa itu termasuk Daim dan Anwar mendakwa mereka "tak tahu" BNM berjudi dan rugi berpuluh-puluh bilion.

Ini menampakkan suatu perancangan telah dilakukan oleh mereka untuk tidak membocorkan rahsia sesama mereka pada waktu itu. Malah perjalanan dari awal pelaburan dan kisah kerugian yang perlu ditanggung, semuanya tidak direkodkan oleh petugas BNM.

Nampaknya kerja mereka licik, dan pada masa ini semua mampu untuk cuci tangan dengan alasan mereka semua sudah berusia dan mereka sudah lupa.

Pindahan saham ini bukti kukuh wujudnya suatu "cover-up" secara senyap-senyap dan tidak diketahui orang awam sehingga hari ini.

Namun bila dibuat perbandingan dengan apa yang tindakan PM Najib terhadap krisis yang dialami oleh 1MDB, sepatutnya tindakan Perdana Menteri kita itu perlu mendapat pujian penuh.
Ini disebabkan bila timbul krisis aliran tunai tersebut, Najib tidak lakukan cover-up dan bail-out sepertimana yang dilakukan di zaman Mahathir. Malah Najib telah memaksa 1MDB selesaikan masalah sendiri.

Pada masa yang sama Najin juga mengarahkan siasatan dilakukan dengan menubuhkan PAC bagi menyiasat salahlaku dan kecuaian sekiranya ada dalam menguruskan 1MDB.
Syabas dan tahniah buat PM kita dan ucapan takziah kepada mereka yang telah membangkrapkan BNM pada suatu ketika dahulu.

Comments