NAJIB DEDAH MENGAPA HUBUNGANNYA DENGAN TUN M MULAI RENGGANG PADA 2015



Pada tahun 2003, dalam salah satu tindakan Tun M sebelum mengakhiri tempoh 22 tahun sebagai PM, beliau mengumumkan bahawa Malaysia akan meneruskan usaha untuk membina jambatan bengkok.

Adakah pengumuman tersebut sebagai satu mesej untuk Tun M meneruskan misi membalas dendam terhadap Singapura?

Kegagalan pengganti beliau, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk meneruskan usaha menggantikan Tambak Johor telah menyebabkan Tun M dengan kejam menyerang beliau pada tahun 2006.

Langkah tersebut, dikatakan oleh pemerhati, akhirnya telah memaksa Tun Abdullah meletakkan jawatan pada tahun 2009.

Tun M yang masih berpengaruh itu mendakwa Datuk Seri Najib juga telah gagal untuk mengotakan janjinya untuk membina jambatan bengkok dan telah menyuruh Najib untuk meletakkan jawatan.

Namun, Najib mempunyai alasan tersendiri untuk menolak segala permintaan dan cadangan dari Tun M. Ini semua adalah hasil usaha kajian yang menyeluruh terhadap implikasi dari sudut undang-undang dan untuk menjaga hubungan baik antara Malaysia dan Singapura.

Bukan seperti di zaman Tun M, bila permintaannya untuk meminjam wang semasa kegawatan ekonomi tidak dilayan oleh kerajaan Singapura dengan mengenakan pelbagai syarat, beliau terus merancang untuk menyerang tanpa henti.

Dikatakan Sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Mahathir tidak pernah menyembunyikan kebenciannya terhadap Singapura.

Konflik dan perbalahan antara dua negara tidak pernah berhenti dan merupakan isu yang berulang-ulang setiap kali politik dalaman memerlukan ‘bogeyman’.

Jambatan Bengkok sepatutnya menjadi dendam terakhir Mahathir berhubung satu penghinaan yang besar yang tidak dapat dilupakan beliau.

Dalam satu temuramah tv pada tahun 2015, Najib telah mendedahkan bahawa itu adalah salah satu sebab utama yang merosakkan hubungan mereka sehingga menyebabkan Najib tidak bercakap dengan Mahathir selama 6 bulan.

“Beliau (Dr Mahathir) ada dua perkara yang mahu saya lakukan. Beliau mahu saya menghapuskan BR1M dan membina jambatan bengkok Johor,” - kata Najib dalam satu temuramah di TV3.

“Saya hormat Tun, sebagaimana saya hormat orang lain,” 
- tambah beliau.

“Saya telah memberi pandangan saya tentang isu tersebut. Saya melihatnya sebagai satu perbincangan antara dua indvidu.

Adalah agak sihat untuk mempunyai pandangan yang berbeza, tetapi akhirnya saya perlu bertanggungjawab terhadap rakyat dan parti.

“Kebanyakan isu tersebut telah dibawa ke Kabinet dan Kabinet yang akan memutuskannya,” - kata Najib.

Keputusan telah dibuat dengan kerajaan mahu meneruskan pemberian BR1M kepada golongan sasar kerana selain mahu berkongsi hasil kekayaan negara, kerajaan juga mendapati BR1M mampu memberi kesan positif kepada ekonomi rakyat dan negara.

Manakala perancangan untuk meneruskan pembinaan jambatan bengkok terpaksa dibatalkan kerana Najib dan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong sebaliknya telah bersetuju untuk membina link ketiga antara Johor dan Singapura.

Ini berikutan wujudnya perjanjian antara kedua-dua negara untuk tidak menyentuh tambak Johor (causeway) melainkan kedua-dua pihak bersetuju.

Jika anda mengkaji reka bentuk jambatan bengkok, Tun M mahu menggunakan jambatan bengkok untuk menghentikan saluran paip air yang dibina bersebelahan Tambak Johor yang menghubungkan Singapura ke Malaysia.

Sumber paip air terawat yang disalurkan dari Malaysia itu membawa sebanyak 50% daripada sumber air Singapura.

Adalah jelas bahawa sebelum Tun M menyerang Najib dan mahu beliau disingkirkan dengan pelbagai alasan, jambatan bengkok adalah sebab utama kemarahan Tun M. Tidak mustahil beliau akan terus menimbulkan kekacauan dalam negara dengan fitnah yang dilemparkan.

SEDANGKAN SEBUAH NEGARA SEPERTI SINGAPURA INGIN DISABOTAJ NYA.. INI KAN PULA SEORANG PERDANA MENTERI MALAYSIA SEPERTI NAJIB !!!!

Comments