MENJAWAB FITNAH MUKHRIZ YANG TIDAK PEKA PASAL GST MALAYSIA


Untuk pengetahuan Mukhriz, wang kutipan GST tidak pernah digunakan untuk membayar hutang negara samaada 1MDB atau pun MRT atau segala jenis hutang yang ada.

Kutipan GST untuk tahun 2016 sebanyak RM42 billion, dengan kadar kutipan sebanyak itu tidak cukup buat kerajaan untuk mengeluarkan bajet setahun pendidikan dan hospital.

Manakala bajet tahunan keseluruhan bagi tahun 2017 berjumpah RM 200 billion. Jadi, dari mana kerajaan mahu menampung jumlah sebesar ini jika tidak menggunakan wang GST dari rakyat? Inilah kepentingan GST dilaksanakan di Malaysia bukan untuk membayar hutang kerajaan dan lain-lain entiti hutang yang wujud di dalam Malaysia.

Apa yang Mukhriz perlu tahu, bukan kerajaan yang meminjam dengan China bagi pembinaan ECRL di negara ini demi keperluan rakyat dan pertumbuhan ekonomi khusus di Pantai Timur. Begitu juga 1MDB.

Sebaliknya pinjaman tersebut dibuat oleh MRT dan 1MDB sendiri. Sehubungan dengan itu, MRT lah yang akan membayar hutang mereka dan kerajaan hanya menjadi penjamin sahaja. Begitu juga dengan IMDB.

Walaupun bermasalah, setakat ini 1MDB tidak pernah memohon bantuan kerajaan kerana tidak mampu membayar hutangnya. Untuk masa depan itu belum pasti.

Berhentilah menghasut rakyat dengan fakta salah atau pun berhentilah melakukan fitnah Mukhriz !!! Berpolitik dengan ilmu atau fakta yang benar akan lebih dihormati. Ketika perlu diberikan kritikan, kritiklah secara adil dan bijaksana kerana kamu adalah sebagai pemimpin yang menjadi perhatian rakyat.

Namun sebaliknya jika sesuatu perkara kebaikan yang sepatutnya diberikan pujian ataupun sokongan, berbuatlah demikian. Itu akan membuatkan anda lebih dihormati oleh kawan dan lawan.

Seperkara lagi Mukhriz.

Sejumlah 98% hutang negara kini di bawah pentadbiran PM Najib dibuat di dalam Ringgit Malaysia. Ini bermakna sebarang kejatuhan ringgit tidak meningkatkan jumlah hutang.

Situasi ini tidak sama seperti di zaman pemerintahan ayah kamu Mahathir, ketika meminjam dengan Jepun bagi pembinaan KLIA dahulu, pinjaman tersebut dibuat di dalam matawang Yen.

Hasilnya, jumlah pinjaman menjadi sekali ganda dari yang sepatutnya kerana kejatuhan ringgit atau peningkatan nilai Yen tersebut.

Macam ni ke taraf Mahathir yang mahukan Mukhriz untuk menjadi Perdana Menteri? Bakal hancur negara dibuatnya.

Semoga tidak ada keturunan yang berilmu tinggi menjadi penyokong pembangkang tegar selepas ini kerana kebanyakan mereka dijangkiti penyakit sukakan maklumat palsu dari menerima berita yang baik dan benar.

Pemimpin pembangkang terutamanya PPBM hanya bermodalkan fitnah dan bercakap bohong demi meraih sokongan rakyat.

Comments