MENGAPA SABAH DAN SARAWAK AKAN KEKAL SEBAGAI PETI UNDI BARISAN NASIONAL PADA PRU KE-14.



Seperti semua berkecimpung dalam politik tahu, tiada orang yang berpolitik 24 jam, 7 hari seminggu, 365 hari setahun. Jadi minum pada pukul 2 pagi di Bangsar bersama rakan-rakan termasuk yang aktif dalam parti lawan sambil melihat perlawanan bola sepak di televisyen bukanlah sesuatu yang perlu dimalukan.

Tetapi semasa sesi minum-minum tersebut, salah seorang daripada mereka tiba-tiba bertanya, “Wei, Mike. Aku bukan nak komen, tapi aku pelik melihat apahal negeri kau Sarawak dan Sabah asyik jadi peti undi BN?”

Saya melihat ke arah kawan kami yang berasal daripada Sabah yang sama parti dengan si yang bertanya itu. Kawan kami itu tersenyum kambing sebelum mengangkat gelas untuk minum. Jelas dia tidak mahu menjawab soalan tersebut dan menyerahkannya kepada saya.

“Kalau saya cakap, jangan marah…” saya mulakan tutur kata saya, “Tapi, sebab bos-bos korang don’t give a shit, so we give you jack shit.”

“Apa maksud kau?”

“Bos-bos korang tak peduli pun pasal Sarawak,” saya melihat kepada kawan kami yang baru meletakkan gelas minumannya, “dan Sabah.”

“Ei, tak de la macam tu.”

“Contoh mudah, macam waktu Pakatan mula-mula umumkan pasal perwakilan. Tak payah cakap wakil dari Sabah dan Sarawak, la. Berapa orang wakil Borneo yang diumumkan? Tiada, bukan?”

“Tapi itu kan masih dalam perancangan. Lagipun dibocorkan sebelum pengumuman rasmi,” sampuk kawan daripada Sabah.

“Aku kutuk-kutuk Pakatan tetapi tak la sampai anggap orang yang buat perancangan itu semuanya kurang bijak? Ataupun diorang tak boleh dipercayai kerana bocorkan pada Malayan Insight yang pro-korang? Ataupun sebenarnya sengaja nak tengok buat macam tu sebab nak tengok reaksi rakyat?”

“Tapi, kan sebenarnya tiada masalah. Kata Satu Malaysia.”

“Kalau dah sampai macam tu, mungkin Pakatan tak perlu ada parti-parti asing. Buat satu saja. Tapi masih ada empat. Sebab apa? Nak jaga kepentingan masing-masing, kan? Which is fine, by the way. To put it short, since aku nampak minuman aku order on the way, Sabah dan Sarawak sokong BN sebab at least nampakla yang pemimpin-pemimpin atas tu ada la bagi perhatian berbanding Pakatan.”

Melihatkan bahawa si kawan itu ingin berkata sesuatu, aku menggeleng-gelengkan kepala dan terus berkata, “Sekarang Man U dah nak lawan Stoke City, so on hold dulu. Kalau kau nak, esok kau pergi check kat HQ kau pasal planning untuk Sabah dan Sarawak. Kalau ada ammunition, kita bincang lagi, OK?”

“OK.”

Percakapan kami mengenai isu berkenaan terhenti di situ sahaja. Baru beberapa hari berlalu tetapi saya rasa bahawa kawan saya itu tidak akan membangkitkan isu. Mungkin Pakatan Harapan terlalu rajin menyerang 1MDB sehingga mereka terlupa tetapi bagi kebanyakan rakyat Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak, mereka lebih suka fokus diberikan kepada isu-isu yang lebih relevan.

• Isu menubuhkan syarikat kereta baru tidak relevan
• Menghapuskan BR1M atau bantuan lain bukan isu relevan, terutamanya memandangkan BR1M banyak memberikan faedah kepada rakyat
• Siapa jadi Top Dog atau Hot Dog bukan isu relevan
• Mencucuk parti sekutu dari belakang bukan isu relevan
• Bergaduh di dalam parti mengenai isu kerjasama dengan PAS bukan isu relevan.

Sudah tentu yang akan berkata, dengan adanya Naib Presiden Sabah dan Naib Presiden Sarawak, kebajikan terjaga. Tetapi, pengumuman itu langsung tidak mencerminkan kesungguhan Pakatan Harapan memperjuangkan kebajikan rakyat. Mungkin tidak lama lagi akan ada pengumuman Naib Presiden untuk Orang Asli, Naib Presiden untuk hal-hal agama dan macam-macam lagi sehinggakan nilai jawatan tersebut tidak berguna.

Mungkin sebenarnya, masalah besar yang dihadapi oleh Pakatan adalah ianya tidak relevan.

Comments