MASALAH BANJIR HANTUI PENDUDUK PULAU PINANG, KERAJAAN DAP GAGAL ATASI MASALAH BANJIR DI PULAU PINANG SEHINGGA KE HARI INI



Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini, dibidas kerana gagal menyelesaikan masalah banjir kilat yang sering berlaku di negeri itu, walaupun hampir 10 tahun mengambil alih pentadbiran. Selepas 10 tahun DAP mentadbir, banjir kilat yang berlaku di negeri ini semakin buruk dan terbaharu kejadian banjir kilat yang berlaku kelmarin.

Kejadian banjir kilat yang melanda kebanyakan kawasan di lima daerah di negeri Pulau Pinang pagi ini susulan hujan lebat sejak 3 pagi tadi hampir melumpuhkan bandar raya ini yang mengalami kesesakan teruk selepas beberapa jalan menuju ke pusat bandar ditutup akibat ditenggelami air.

Antara kawasan yang dilaporkan terjejas ialah Jalan P. Ramlee, Jalan Masjid Negeri, Sungai Pinang, Taman Lumba Kuda, Bandar Baru Air Itam, Paya Terubong, Relau, Balik Pulau, Batu Ferringhi serta beberapa kawasan di Seberang Perai iaitu Taman Bagan, Mak Mandin, Permatang Pauh dan Jalan Tembikai.

Kesesakan teruk juga dilaporkan berlaku di sekitar bandar raya dan di atas Jambatan Pulau Pinang dari kedua-dua arah termasuk di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu menuju ke pusat bandar berikutan penutupan jalan. Sementara itu, tinjauan yang dijalankan di Pulau Pinang mendapati Jalan P.Ramlee ditenggelami air kira-kira 0.5 meter. Selain itu, difahamkan kejadian pokok tumbang dan tanah runtuh turut dilaporkan di Medan Fettes dan Paya Terubong.

Justeru, adalah diharap agar kerajaan negeri DAP Pulau Pinang segera mengadakan pelan mitigasi banjir di negeri ini dan bukannya mengejar projek-projek yang menguntungkan mereka sahaja. Masalah banjir yang semakin kerap berlaku di negeri ini dilihat tiada jalan penyelesaian yang dilakukan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Sebelum ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang diselar kerana gagal menunaikan janji mereka untuk mengatasi masalah banjir dalam tempoh sembilan bulan mentadbir negeri malahan selama 2 penggal DAP mentadbir negeri itu, ribuan penduduk terjejas selepas lebih 10 kali kawasan mereka dilanda banjir kilat.

Comments