MALAYSIAKINI MULA LAPOR BERITA SAMPAH


KERANA terlalu malu dengan propaganda mereka untuk memburukkan Datuk Seri Najib Razak gagal, portal pro pembangkang Malaysiakini membuat satu lagi cerita sampah.

Melalui sebuah artikel bertajuk ‘Saman 1MDB: Mahkamah AS benarkan penangguhan DOJ’ yang diterbitkan pada jam 12.32 tengah hari, portal berkenaan telah memetik ‘sebuah mahkamah’ dan ‘seorang hakim wilayah di AS’.

Kegagalan menamakan secara rasmi nama mahkamah dan hakim wilayah itu menunjukkan jelas betapa portal Malaysiakini dengan sengaja telah membuat rekaan artikel dengan laporan yang tidak sahih.

Ini kerana pihak pembangkang dipercayai dalang telah berasa malu dan takut akan tidak lagi dipercayai rakyat apabila Perdana Menteri dan Presiden Amerika Syarikat sudah mula jelas akan berita-berita sensasi yang tular di media dari kedua-dua pihak.

Sehinggakan Trump dalam satu kenyataan telah menyatakan bahawa beliau sudah tahu skandal-skandal yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak seperti 1MDB dan dana RM2.6 bilion bukanlah benar, sebaliknya hanya rekaan propaganda pembangkang di Malaysia.

Menjelang PRU14 akan datang, pembangkang di Malaysia sudah pasti akan berasa cemas dan takut kerana segala propaganda mereka sudah tidak lagi dipercayai oleh rakyat Malaysia serta orang luar.

Comments