MALAYSIA DISEGANI PEMIMPIN-PEMIMPIN SEANTERO DUNIA


Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat menggambarkan pengiktirafan Malaysia sebagai sebuah negara yang mencapai tahap sebagai pelaku global yang signifikan. Malaysia daripada menjadi pengeksport getah dan biji timah 60 tahun lalu kini sudah mampu menjadi negara pengeksport modal termasuk ke Amerika Syarikat. 

Dalam pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald J Trump, beliau juga telah meminta pandangan Malaysia dalam isu antarabangsa. Pandangan Malaysia juga diambilkira oleh beliau antaranya isu Korea Utara, Asia Barat dan Laut China Selatan.

Pertemuan Perdana Menteri Najib Razak dengan delegasinya ke Amerika Syarikat dan kehadiran pertemuan yang melibatkan kekananan barisan delegasi pentadbiran Trump dalam lawatan tersebut termasuk naib preiiden dan setiausaha negara menggambarkan betapa pentingnya Malaysia di mata Amerika Syarikat.

Ini menandakan Malaysia sudah sampai ke tahap diiktiraf oleh kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat malah negara-negara maju yang lain. Di samping membuat lawatan rasmi dengan Trump, Najib Razak juga akan singgah ke London untuk bertemu dengan Perdana Menteri Britain, Theresa May.

Pertemuan demi pertemuan di antara Perdana Menteri Najib Tun Razak dengan pemimpin-pemimpin dunia jelas menunjukkan bahawa kredibiliti pemimpin dan imej negara dipandang tinggi. Negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, China, India, Perancis, Arab Saudi, Turki dan banyak lagi mengagumi Malaysia. Ternyata Malaysia kini 'Standing in the eyes of the world'.

Comments