Baru-baru ini, Najib telah pergi ke Rumah Putih atas jemputan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Di samping membincangkan isu-isu berkaitan kerjasama di antara kedua-dua belah negara, lawatan tersebut juga adalah untuk meraikan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik yang dijalinkan di antara kedua-dua belah negara.
Lawatan tersebut telah membuktikan bahawa dakwaan pembangkang terutamanya Lim Kit Siang dan sekutu beliau Mahathir bahawa AS akan bertindak terhadap Najib adalah omong-omong kosong semata-mata. Dakwaan tersebut hanya bagi memberikan gambaran buruk terhadap Najib, tetapi sebaliknya hanya menunjukkan bahawa Pakatan Harapan tidak mampu berpolitik secara matang.
Ketidakmatangan Pakatan Harapan adalah satu hakikat dan tidak perlu ditegaskan lagi di dalam artikel ini. Sebaliknya, artikel ini ingin mengfokuskan kepada satu hakikat lain di sebalik lawatan ke Amerika Syarikat.
Hakikat : Malaysia berada di tengah-tengah titik pertemuan antara kuasa besar Amerika Syarikat dan China.
Pernyataan di atas bukan Malaysia sangat penting sehingga boleh mempengaruhi segala tindakan kedua-dua belah negara. Sebaliknya, Malaysia berada di kawasan Selat Melaka, iaitu satu kawasan strategik dari segi ekonomi di Asia Tenggara.
Perlu dinyatakan bahawa dari segi lokasi, Singapura menjadi fokus kepada kedua-dua kuasa besar berkenaan. Singapura, yang terletak di hujung Selat Melaka dilihat sebagai pintu masuk yang mengawal aliran perdagangan dari Asia Timur ke India, Afrika, Asia Timur dan Benua Eropah. Oleh itu, tidak hairanlah kedua-dua Amerika Syarikat dan China ingin mengadakan hubungan baik dengan Singapura.
Walaubagaimanapun, berikutan tindakan Singapura yang dilihat bersifat provokasi oleh China beberapa tahun kebelakangan ini, China lebih cenderung untuk meningkatkan kerjasama dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain, termasuk Malaysia. Perubahan polisi ini jelas daripada cadangan East Coast Rail Link (ECRL) dari kawasan Tumpat ke Port Klang yang melibatkan pelaburan syarikat-syarikat daripada China. Pembinaan ini jelas boleh mengurangkan kebergantungan kepada Singapura sebagai pusat ekonomi Asia Tenggara.
Penglibatan pelaburan daripada China ini sudah tentu diperhatikan dengan teliti oleh perancang-perancang polisi di Amerika Syarikat. Pengaruh Amerika Syarikat di kawasan Asia Timur bukan sahaja bergantung kepada sekutu-sekutu rapat iaitu Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Filipina, bahkan negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia.
Jemputan Presiden Amerika Syarikat kepada Perdana Menteri ini boleh dianggap sebagai langkah diplomatik negara berkenaan untuk mengurangkan pengaruh China. Untuk memastikan bahawa Malaysia tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar, adalah wajar jemputan tersebut dipenuhi.
Mungkin ada yang menganggap bahawa langkah terbaik adalah untuk tidak bekerjasama dengan kedua-dua belah negara besar. Pandangan berkenaan adalah salah kerana telah menjadi polisi negara ini untuk menjalinkan hubungan baik dengan semua pihak dan Najib meneruskan polisi tersebut.
Masa hadapan Malaysia adalah bergantung sepenuhnya kepada pemimpin berpandangan hadapan seperti Najib dan adalah wajar untuk kita selaku rakyat Malaysia menyokong beliau.

Comments
Post a Comment