Sempena lawatan PM Najib ke Amerika tempoh hari Mahathir dan rakan-rakannya dalam pembangkang sibuk menabur fitnah untuk memberi gambaran buruk kepada pertemuan delegasi Malaysia dengan Presiden Donald Trump.
Setibanya PM Najib pulang ke tanahair satu majlis khas telah diadakan di KLIA untuk menyambut wira negara yang berjaya mengenengahkan beberapa isu mengenai pelaburan yang bakal dibawa Malaysia ke Rumah Putih itu. Tidak lupa juga isu keselamatan dan kemanusiaan.
Dalam ucapan singkat PM Najib dihadapan lebih 1000 orang penyokong UMNO dan BARISAN NASIONAL, beliau telah mendedahkan sikap Hipokrasi Bekas Perdana Menteri itu selama 22 tahun memegang jawatan tersebut.
Point yang pertama adalah berkaitan bagaimana bekas Perdana Menteri itu membayar 'berjuta-juta' ringgit untuk menemui Presiden Amerika Syarikat George W Bush pada 2002. Penama yang menjadi ejen kepada Mahathir juga disebutkan iaitu Ken Syifa selain orang tengah di Malaysia iaitu arwah Tan Sri Megat Junid Megat Ayob.
Bayaran yang dilakukan tidak melalui bayaran terus, Mahathir mengalihkan bayaran berkenaan kepada pemberian kontrak batu arang yang digunakan oleh TNB.
PM Najib juga membangkitkan isu kerugian yang terpaksa ditanggung MAB atas dasar penswastaan yang dilaksanakan Mahathir pada 1997. Sejarah MAS dipenuhi keputusan buruk oleh salah seorang pemimpin sebelumnya.
Di zaman Mahathir, antara keputusan kontroversi berkaitan MAS adalah penswastaannya yang menyaksikan Tan Sri Tajudin Ramli menjadi pengerusi syarikat itu.
Beliau kemudian menjual pegangannya dalam MAS kepada kerajaan pada harga RM1.79 bilion ketika krisis ekonomi 1997.
Pak Lah pula pernah didakwa terlibat dalam penswastaan khidmat katering dalam MAS, apabila syarikat Brahim’s dikaitkan dengan ahli keluarganya menerima kontrak.
Sebab itu PM Najib telah bertekad akan memastikan MAS pulih dan menjadi syarikat penerbangan utama di dunia serta percaya MAS mampu kembali mendapat penarafan 5 bintang oleh Skytrax menjelang 2018.
Mengenai pelaburan KWSP di luar negara, PM Najib membangkitkan bahawa pada 26 Apr 2005, Mahathir pernah menyeru agar KWSP melabur di luar negara bagi membolehkan pencarumnya mendapatkan dividen yang tinggi.
Namun PM Najib menegaskan pelaburan yang dibuat diluar negara adalah untuk kebaikan ekonomi di dalam negara kerana keuntungan yang diperolehi nanti akan dibawa masuk semula ke Malaysia. Inilah model contoh pelaburan yang dilakukan oleh China dan negara maju yang lain.
Oleh itu segala tuduhan liar dari Mahathir dan pihak pembangkang perlu ditangani oleh rakyat agar segala perancangan negara untuk memajukan negara tidak tergendala.

Comments
Post a Comment