Baru-baru ini Mahathir menimbulkan isu yang sama sehinggakan berulang-ulang kali menyebut perkara yang sama kononnya negara ini negara rasuah dan Najib pencuri duit rakyat. Kalau benarlah apa yang didakwa oleh Mahathir, tunjukkan bukti, jangan bercakap tanpa bukti yang kukuh dan sahih. Adakah semua agensi kerajaan, kakitangan kerajaan ataupun pihak berkuasa tiada seorang pun yang mengamalkan pegangan agama sehinggakan semuanya mahu bersengkongkol mengamalkan rasuah? Kalau benar rasuah berlaku undang-undang negara selama ini memang tidak pernah dilaksanakan. Takkanlah dalam Malaysia ini berjuta-juta orang tetapi tiada orang yang langsung membuat laporan berkaitan dengan rasuah.
Mahathir menuduh dan memfitnah Malaysia berada dalam 10 buah negara yang paling teruk mengamalkan rasuah, tetapi dari entah mana fakta berkenaan dikutip dan secara pantas Mahathir melabelkan negara yang didiaminya iaitu Malaysia sebagai negara paling banyak rasuah.
Tuduhan yang dilemparkan oleh Mahathir ini adalah untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap kepimpinan negara dengan mengada-ngadakan cerita yang sama sekali tidak wujud dan berlaku. Tetapi apa yang ajaibnya fakta gila yang dikutip oleh Mahathir ini terus menerus dipercayai oleh pentaksubnya.
Mahathir masih lagi tidak memahami erti penilaian indeks rasuah dunia di mana di kalangan negara di Asia Tenggara Malaysia sebenarnya berada di tangga ketiga daripada 10 buah negara sebagai negara yang paling bebas rasuah. Untuk pengetahuan Mahathir, semakin sikit ranking sesebuah negara bermakna, negara berkenaan paling kurang mengamalkan rasuah.Kalau benarlah Malaysia mengamalkan rasuah Malaysia akan berada dalam 10 buah negara yang paling mengamalkan rasuah, sudah pasti Malaysia akan berada di tangga ke 55 atau ketiga di rantau Asia Tenggara.
Mahathir cukup-cukuplah berhenti menabur fitnah dan memberikan janji-janji palsu sehinggakan sanggup meletakkan diri beliau dalam keadaan munafik. Pada usia lanjut dan sudah uzur sekarang ini adalah lebih baik Mahathir meluangkan masa dan menghabiskan masa bersama kaum keluarganya dan bukannya sibuk menjaja fitnah kepada Najib dan Kerajaan Barisan Nasional. Hanya kroni-kroni dan pentaksub Mahathir sahaja yang akan percaya apa yang diperkatakan oleh Mahathir dan mengharapkan apa yang diperkatakan oleh Mahathir wajar diberikan perhatian yang serius. Tetapi bagi kita yang berakal dan memiliki akal fikiran yang baik segala apa yang dperkatakan oleh Mahathir hanyalah kecaman untuk tumbangkan Najib dan Kerajaan Barisan Nasional semata-mata.
Kesimpulannya, Mahathir sanggup menabur fitnah dan tuduhan kepada Najib dan Kerajaan Barisan Nasional demi mencapai matlamat dan agenda politik beliau sendiri untuk menumbangkan Najib semata-mata. Janganlah mudah sangat terpedaya dan terpengaruh dengan segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh Mahathir selama ini. Mahathir juga perlu sedar bahawa dia kini berdepan risiko temberangnya didedahkan melalui RCI Forex! Dengan pendedahan ini, baru Mahathir dapat membezakan antara bumi dengan langit dan sedar pentadbiran siapa yang lebih teruk!.

Comments
Post a Comment