MAHATHIR AJAR DAP HINA MELAYU, DULU ULTRA MELAYU, KINI JADI ULTRA DAP, KENAPA DULU AJAR BENCI DAP DAN SEKARANG AJAR JILAT DAP?



Mahathir telah mengajar DAP cara baru untuk menghina kaum Melayu yang tidak menyokong parti itu dengan gelaran pemakan dedak. Mahathir sendiri telah mencipta istilah makan dedak untuk menghina sesiapa sahaja yang tidak menyokong DAP terutamanya Melayu.

Sepanjang 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri, Mahathir sentiasa menyeru Melayu menjauhi perjuangan politik DAP. Mahathir juga menternak dan memberikan dedak Gred A kepada taikun-taikun Cina sehinggakan melahirkan beberapa billionaire taikun Cina di Malaysia.

Mahathir menjadi Musuh Utama Politik DAP sepanjang tempoh itu dan setelah Mahathir gagal menumbangkan Najib, Mahathir menubuhkan parti Bunga Raya dan kini Mahathir berdiri tegak sambil dikepit oleh dua orang musuhnya yang dulunya dalam parti dimusuhinya, semuanya ini dilakukan untuk tujuan dan platform apa? Dan semua ini dilakukan untuk siapa sebenarnya?

Perbuatan Mahathir hanya untuk menjahanamkan dan menumbangkan Najib semata-mata. Mahathir melaksanakan maneuver politik desperado untuk menghapuskan Najib dan untuk menghapuskan Najib Mahathir perlu menjahanamkan UMNO dan Barisan Nasional. Untuk menjahanamkan dan menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional, Mahathir perlu berbaik dan bercemolot dengan DAP tetapi bagaimana pula Mahathir mahu menghapuskan DAP pula apabila matlamat politiknya sudah pun tercapai?

Adakah Mahathir boleh bertahan lama untuk mengalahkan DAP, sedangkan Mahathir telah pun diselar dengan gelaran Bapak Ayam di kalangan DAP. Mahathir berjuang untuk siapa dan siapa sebenarnya selama ini? . Mahathir sentiasa menjadikan prinsip Machiavelli sebagai panduan di mana tidak ada kawan dan musuh yang kekal lama dalam politik. Hakikat sebenarnya Prinsip Machiavelli sama sekali tidak sesuai bagi perjuangan untuk agama, bangsa dan negara tetapi ianya amat sesuai dengan agenda peribadi dan kepentingan politik semata-mata. 

Mahathir tidak rasa ke maruah dan nama baiknya kini semakin busuk lagi membusukkan akibat perbuatan dirinya sendiri? Mahathir membuatkan Melayu berasa tidak ada maruah dan nama baik Mahathir telah menjadi busuk akibat perbuatan dan tindakannya sendiri. Mahathir membuatkan Melayu berasa malu bahawa diri mereka adalah Melayu.

Kesimpulannya Mahathirlah yang mengajar DAP untuk menghina orang Melayu memandangkan sekarang ini Mahathir yang bersengkongkol dan bekerjasama dengan DAP. Ini jelas menunjukkan pemimpin seperti Mahathir adalah berbahaya dan tidak boleh dipercayai sama sekali.

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila "like" atau "follow" halaman Malayan News.

Comments