Sehari dua ini, media Singapura menyiarkan laporan yang amat positif terhadap Datuk Seri Mohd Najib Razak. Tanpa berselindung, media Singapura juga menyatakan bahawa Perdana Menteri Malaysia itu telah mendahului Perdana Menteri Singapura untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat.
Media Singapura juga menyajikan betapa Datuk Najib telah diberikan layanan kelas pertama daripada Trump sewaktu ketibaan beliau di USA. Kawalan khas pengawal peribadi Trump yang diberikan kepada Datuk Najib jelas menunjukkan betapa melesetnya tanggapan Tun Mahathir serta kepimpinan Pakatan Harapan bahawa imej Datuk Najib begitu buruk di mata dunia.
Kepada mereka yang memahami ilmu bahasa gerak badan, ternyata sambutan dan layanan Trump terhadap Datuk Najib menunjukkan betapa mesra dan yakinnya seorang pemimpin dunia terhadap Datuk Najib. Perlakuan Trump amat jelas menunjukkan kemesraan di antara mereka berdua bukan dibuat-buat, malah ikhlas dan penuh keyakinan.
Laporan media Singapura juga menyiarkan ucapan Trump tentang peranan besar Datuk Najib dan kerajaan Malaysia dalam mengekang dan melawan keganasan di Asia Tenggara.
Di samping itu, media USA juga memainkan peranan dalam menyiarkan dengan profesional betapa Malaysia adalah sebuah negara yang boleh diyakini untuk pelaburan di masa hadapan dan yang paling jelas, Malaysia bukanlah sebuah negara yang gagal mahupun bankrap seperti yang dicanang oleh Tun Mahathir serta pemimpin pakatan pembangkang.
Sejak merdeka, hanya di zaman Datuk Najib, Presiden USA telah datang ke Malayisa sebanyak dua kali dan inilah kali pertama di dalam sejarah tanah air kita, Perdana Menteri kita yang dari sebuah negara kerdil telah dijemput secara peribadi oleh Presiden USA.
Kepada mereka yang memahami ilmu sains politik, ini jelas menunjukkan gaya kepimpinan Datuk Najib dihormati dan diperakui oleh negara besar dunia.
Media Singapura juga melaporkan mengenai kemampanan ekonomi Malaysia. Malaysia berminat dalam tempoh lima tahun dari sekarang, membeli beberapa buah kapal terbang Boeing. Persoalan saya? Apakah ini tanda-tanda bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang gagal dan hendak bankrap?
Hanya mereka yang sakit otak, bersifat dengki, iri hati dan buta hati sahaja yang tidak mahu dan menerima hakikat bahawa kepimpinan Datuk Najib adalah terbilang dan terbaik.
Jika di zaman Tun Mahathir, sewaktu dunia mengalami krisis dan kelembapan ekonomi, penguncupan ekonomi Malaysia amat jelas dengan bilangan pelaburan menurun dan pasaran saham merudum ke paras di bawah 500 mata, tetapi ianya amat berbeza di zaman Datuk Najib. Ekonomi Malaysia semakin berkembang dan pelaburan semakin mencurah. Perdagangan Malaysia sehingga Julai tahun ini sahaja telah mencecah RM1 trillion.
Apa yang jelas sekarang, isu DOJ dan 1MDB sebenarnya adalah cerita rekaan jahat oleh Tun Mahathir dan puak-puak pembangkang terhadap Datuk Najib dan kerajaan Malaysia. Kepada Lim Kit Siang yang menggelar Trump sebagai seorang yang dunggu, apakah jika Perdana Menteri Singapura yang juga menjadi tetamu Trump pada bulan hadapan seorang yang dunggu? Hanya orang dungu seperti beliau yang akan bersama dan berjumpa dengan orang yang dunggu.
Umumnya akan mengetahui bahawa bukan semudah itu seseorang pemimpin dunia dapat bertemu dengan Presiden USA. Kejayaan Datuk Najib dijemput oleh Trump adalah suatu kebanggaan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia sebenarnya.
Dalam hal ini, teringat akan saya sewaktu membaca buku Bukan Kerana Pangkat: Memior Tun Dr Ismail, mengenai betapa susahnya kerajaan Malaysia suatu ketika dahulu hendak menemui dan menyakini pemerintah USA, memohon bantuan serta mencari pelaburan untuk Malaysia dari USA. Apa yang saya faham adalah jika sesebuah kerajaan berjaya mendapat sokongan dan bertemu dengan kepimpinan USA, maka dunia, khasnya negara kuasa besar akan mengiktiraf Malaysia. Pelabur akan yakin untuk melabur di Malaysia.
Buat Perdana Menteri Malaysia, kami amat berbangga dengan kejayaan Datuk Seri Najib. Tahniah! You made us very proud. Untuk pemimpin parti pembangkang, eat your heart out. Malaysia negara yang selamat dan tidak perlu diselamatkan.

Comments
Post a Comment