Seperti yang kita semua sedia maklum, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memang tidak pernah sunyi dengan pelbagai kemelut dan krisis politik sejak ianya ditubuhkan sehingga lah ke hari ini.
PPBM tidak pernah sunyi dengan masalah demi masalah yang melanda parti khususnya dari peringkat induknya sehingga ke cawangannya. Malah di peringkat pucuk pimpinan tertinggi parti berlaku percakaran, apatah lagi di peringkat Negeri mahupun Cawangan.
Lihat saja krisis yang melanda PPBM, parti yang baru setahun jagung itu menghadapi pelbagai rintangan dan masalah seperti permasalahan perlantikan jawatan, pucuk pimpinan letak jawatan, ahli keluar parti, insiden baling selipar dan kerusi dan sebagainya. Antara pemimpin berpengaruh yang keluar parti ialah bekas Setiausaha PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman.
Insiden terbaru yang melanda PPBM ialah tindakan bekas Penolong Setiausaha Srikandi Parti PPBM, Hasnita Hishamudin yang mengisytiharkan keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta semalam.
Dakwa Hasnita, dijangka lebih ramai ahli Srikandi PPBM seluruh negara akan mengikut keputusannya untuk keluar parti dalam masa terdekat.
Tindakan ini dibuat kerana parti ini mengamalkan kronisme dan pilih kasih melampau selain elemen-elemen jijik mula masuk ke dalam parti apabila mereka yang rapat dengan pemimpin tertinggi mengatur orang-orang sendiri.
Jelas sekali ramai yang masuk ke dalam PPBM hanya mementingkan jawatan daripada memikirkan permasalahan rakyat dan ini sama sekali bertentangan dengan propaganda yang dimainkan ketika penubuhan parti.

Comments
Post a Comment