KEPIMPINAN WANITA/SRIKANDI PPBM BUAT "HATRIK" KELUAR PARTI



Apa nak jadi dengan PPBM sejak kebelakangan ini? Semakin ramai yang membuat U-Turn untuk tidak bersama lagi dengan parti ciptaan Mahathir yang menyambut ulangtahun pertama mereka pada awal Sept yang lalu.

Sambutan ulangtahun penubuhan PPBM yang pertama mereka disusuli dengan tindakan keluar parti secara beramai-ramai dari anggota bawahan parti dan juga kepemimpinan mereka.

Pergolakan terus berlaku apabila Penolong Setiausaha Srikandi PPBM Hasnita Hishamudin mengisytiharkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta. Tindakannya keluar parti disebabkan oleh amalan kronisme melampau dalam parti PPBM.

Kemudian sesi keluar parti diteruskan oleh Anina Saadudin yang merupakan seorang daripada 7 pengasas PPBM. Beliau dikatakan terlalu kecewa dengan pucuk pimpinan parti yang menghukum tanpa sebab.

Beliau dipecat secara kejam daripada jawatan ketua Wanita PPBM, kemudian digugurkan sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dengan “menendangnya” daripada kumpulan WhatsApp Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, selain tidak mendapat jemputan rasmi ke sambutan ulang tahun pertama parti itu.

Anina juga mendakwa PPBM tidak lagi mendokong prinsip keadilan, ketelusan dan integriti dalam pentadbiran parti. Fitnah menjadi asas membuat keputusan dan secara tidak langsung dihalalkan untuk kepentingan politik yang kononnya untuk kebaikan rakyat.

Parti ini sedang ditadbir dengan buruk, namun berselindung di sebalik nama negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamed. Jika bersuara lantang, maka hukuman bunuh ke atasnya akan dilakukan hanya dalam satu hembusan nafaz.

Anina mendakwa PPBM menjadi wadah untuk mencatur kepentingan individu tertentu dan perjuangan parti PPBM tidak lagi menepati prinsip perjuangannya yang sebelum ini diaspirasikan pemikiran marhaen seperti dirinya.

Selepas Anina, Datuk Hamidah Osman pula keluar PPBM. Beliau juga merupakan orang kedua dari kalangan 7 orang pengasas PPBM keluar parti kerana mengakui wujudnya kemelut dan pergolakan dalaman yang ada kaitan dengan Muhyiddin dan Mukhriz.

Selain itu, Hamidah yang dikaitkan dengan status kontroversi berbaur perkauman yang dilakukan adiknya Hamizura Osman di laman facebook pada 13 September, mencetuskan kemarahan dan tanda tanya kepada penyokong dan netizen.

Antara kandungan yang dimuat naik dalam facebook Hamizura Osman....

" Dalam usaha kita nak turunkan Najib... Dalam masa yang sama... jangan bagi Cina pijak kita.. Tak perlu la nak memuji2 sang Cina dikalangan kita. Cinalah yang sepatutnya merayu rayu pada Melayu.. Ini bumi Melayu ...

Hamizura dikatakan turut mengikuti langkah kakaknya untuk turut serta keluar parti PPBM walaupun dia tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti tersebut.

Dalam masa terdekat ini, mungkin ada ramai lagi yang akan keluar PPBM terutamanya Khairuddin Abu Hassan yang dulunya lantang mengkritik kepimpinan PM Najib atas salahlaku 1MDB. Tapi kini dia dikatakan tidak lagi menyanjung Mahathir yang dikatakan berat sebelah dalam membuat keputusan bersama Pakatan Harapan.

Comments