INSIDEN BANJIR YANG MENYUSAHKAN RAKYAT PULAU PINANG, LIM GUAN ENG PULA SEMBORNO KATA NO RAIN NO FLOOD!
Semenjak memerintah Pulau Pinang, DAP dengan bangganya mengisytiharkan Pulau Pinang bebas sepenuhnya dari masalah banjir yang melanda kawasan tersebut selama lebih 40 tahun lalu, hasil dari projek tebatan banjir yang dijalankan oleh kerajaan negeri di Pulau Pinang.
Setiausaha Politik Guan Eng, Ng Wei Aik pula dengan bangganya dahulu pernah menaikkan banner yang tertulis “40 years flood problem solved in 9 months” (40 tahun masalah banjir selesai dalam masa 9 bulan) untuk menunjukkan betapa berkesannya kerajaan DAP ini dalam menyelesaikan masalah rakyat. Walhal ini cuma retorik Kerajaan DAP Pulau Pinang yang dibuat untuk menyedapkan hati rakyat Pulau Pinang sahaja.
Tapi Guan Eng dan Kerajaan DAP Pulau Pinang lupa bahawa dengan kuasa alam semulajadi, hujan yang begitu lebat berlaku di Pulau Pinang telah menyebabkan kejadian banjir kilat yang teruk di Pulau Pinang. Tempat yang tidak pernah dinaiki air kini menjadi kawasan banjir di seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai. Malah kawasan pusat bandar turut dinaiki air dan sistem pengangkutan jadi lumpuh.
Lebih menyedihkan lagi, apabila kawasan banjir yang berlaku di Jalan Lengkok P. Ramlee melibatkan kediaman warga emas 'Gan En Zhi Jia Bhd' telah menyebabkan warga emas ini tidur dalam keadaan yang menyedihkan dan menghibakan. Warga-warga emas ini terpaksa bergelut dengan masalah banjir dan ini menyukarkan aktiviti harian mereka. Pencapaian ini kah yang Kerajaan DAP Pulau Pinang banggakan? Kata masalah banjir di Pulau Pinang sudah selesai sepenuhnya malah dalam tempoh 9 bulan semuanya selesai.
Jelas sekali Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang di bawah pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang yang menanggung malunya. Hampir 2 penggal memerintah Pulau Pinang dari tahun 2008 hingga 2017, masalah banjir makin menjadi-jadi. Jelas sekali Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mampu mengatasi masalah banjir di Pulau Pinang, mereka hanya pandai memberi harapan dan imaginasi pada rakyat Pulau Pinang.
Lim Guan Eng dan Kerajaan DAP Pulau Pinang terus gagal sebagai sebuah kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat. Mereka juga gagal mengatasi masalah banjir di Pulau Pinang sehingga menyebabkan kejadian banjir menjadi lebih dasyat dan teruk lagi. Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang berkata, No Rain, No Flood membuktikan kelemahannya sebagai Ketua Kerajaan Negeri dan tahap mentaliti rendahnya dalam menangani isu ini. Sampai bila rakyat Pulau Pinang mahu berdepan dengan isu Banjir? Rakyat Pulau Pinang, masa depan anda yang tentukan! Bijak berfikir sebelum terlewat!

Comments
Post a Comment