HUSAM REKA CERITA PETANDA DIA BENCI DENGAN PAS



Pertikaman lidah dan permusuhan antara Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Husam Musa dengan Parti PAS membuktikan bahawa hubungan pemimpin ini dengan PAS amat tegang dan tidak sehaluan. Malah sebelum ini, DAP juga mahu Husam Musam dicalonkan menjadi Menteri Besar Kelantan andainya mereka menang di Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

PAS Kelantan menyifatkan kenyataan Naib Presiden AMANAH yang mendakwa parti itu bakal kehilangan kerusi jika bersendirian pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), hanya rekaan semata-mata. Amanah sudah memulakan propaganda politiknya menentang PAS malahan ianya dibantu parti cauvinis DAP yang sudah bersedia untuk bertanding di Kelantan juga.

Namun yang demikian, PAS bertindak balas dengan kenyataan pemimpin itu dan menempelak beliau yang kini bersama AMANAH sentiasa membuat cerita memburukkan PAS untuk mengelirukan masyarakat. Malah sebelum ini Husam dengan lantang menuduh PAS menerima RM90 juta, namun sehingga kini beliau gagal membuktikan perkara itu. Kali ini Husam mereka cerita bahawa PAS bakal tewas dan kehilangan kerusi pada PRU-14.

Pendek kata, saingan antara parti yang diketuai Mat Sabu dengan PAS yang diketuai Tok Guru Hadi Awang akan menyebabkan pertembungan yang akan memberi kesan kepada politik di Kelantan AMANAH semakin berani untuk bersuara kerana DAP berada di belakang mereka. Dana-dana politik dari DAP juga membolehkan AMANAH melancarkan serangan ke atas PAS. PAS kini diancam AMANAH. Petanda ini juga menunjukkan Husam memang membenci PAS dan mahu parti itu berkubur di Kelantan.

Comments