GUAN ENG GAGAL TADBIR PULAU PINANG DENGAN BAIK, CUBA TUTUP DENGAN MENGFITNAH MALAYSIA NEGARA YANG GAGAL


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru dan meminta rakyat Malaysia di luar negara supaya sama sekali tidak terpedaya dengan dakyah Guan Eng yang kononnya Malaysia adalah sebuah negara yang gagal. Buktinya Malaysia kini menuju ke arah negara yang maju dan membangun.

Sebagai contoh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.6 peratus bagi suku pertama 2017. Prestasi ini juga disokong terutamanya oleh perbelanjaan sektor awam. Kebarangkalian untuk Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 selepas mengambil kira unjuran Bank Negara Malaysia yang pasti ekonomi negara akan bertambah kukuh pada tahun ini dan unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan bahawa ekonomi negara akan kembali mantap dan kukuh. IMF telah melakukan semakan semula unjuran pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun 2017 daripada 4.5 peratus kepada 4.8 peratus manakala Bank Dunia meramalkan unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia kepada 4.9 peratus berbanding unjuran asal 4.3 peratus.

Bukan setakat itu sahaja, Kerajaan juga terus melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memastikan semua sektor ekonomi sentiasa berdaya tahan dan berdaya saing pada peringkat domestik dan global bagi memastikan ekonomi negara terus kukuh. Ianya termasuklah mempelbagaikan sumber pendapatan kerajaan, mengurangkan kebergantungan terhadap pendapatan minyak dan gas, menyediakan persekitaran kondusif bagi menarik pelaburan asing dan domestik, meningkatkan perdagangan dan produktiviti serta memperkukuh keupayaan inovasi dan teknologi negara.

Sikap Guan Eng yang memberikan keutamaan untuk memburukkan Malaysia dalam misi luar negara mereka dan menganggapnya sebagai tindakan untuk mensabotaj ekonomi negara. Sedangkan tindakan itu adalah kesilapan yang sangat besar ia seolah-olah menghalau pelabur asing melabur ke dalam negara ini. Tindakan Guan Eng yang gemar memfitnah Kerajaan Malaysia di negara luar turut merugikan rakyat kita sendiri. Bukankah kita dapat melihat beliau menunjukkan perangai beliau yang sebenar yang sama sekali langsung tidak sayang akan tanah air sendiri.

Kita juga percaya bahawa tindakan Guan Eng memburukkan Malaysia adalah satu cubaan untuk menutup kelemahan mereka sendiri dari segi pentadbiran kepada rakyat. Sebab itulah kita boleh mengambil bagaimana sikap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan kononnya negeri Pulau Pinang merupakan destinasi pilihan pelabur asing. Tetapi apabila pelabur asing meninggalkan Pulau Pinang, Lim akan mengubah rentak dan gaya bicaranya dengan menuduh Kerajaan Persekutuan menjual negara apabila banyak pelaburan asing masuk ke Malaysia.

Ini semua mainan politik Lim Guan Eng dan parti DAP sememangnya mahu memburukkan Malaysia di luar negara agar mereka dapat memburukkan nama dan imej Malaysia ke luar negara sekaligus dapat menumbangkan Najib sebagai Perdana Menteri. Oleh itu, kita janganlah mudah terpengaruh dengan segala dakwaan dan fitnah yang dilemparkan oleh Guan Eng dan parti DAP kepada Najib dan Kerajaan Barisan Nasional.

Comments