GIGITAN DAN TARING MAT TAIB MASIH TAJAM



Tindakan Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Taib untuk menyertai semula UMNO telah menambah nilai, kelebihan dan kebaikan kepada tulang belakang Kerajaan Barisan Nasional. Kembalinya Mat Taib yang telah meninggalkan UMNO sebelum menyertai PAS dan kemudiannya masuk ke dalam PKR telah memberikan impak kepada arena politik di Selangor.

Hakikatnya kepulangan Mat Taib memberikan impak dan kesan yang sangat besar kerana dulunya beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar dan menjadi tokoh utama di Selangor dan ini pastinya memberi nilai tambahan untuk UMNO. Mat Taib berpersonaliti menarik dan ini akan memberikan sokongan moral dan kelebihan yang diperlukan oleh UMNO. Kita yakin Mat Taib masih lagi mempunyai taring dan akan dapat kembalikan dan tawan semula Selangor.

Pembangkang sebenarnya gagal mempertahankan bekas ahli UMNO yang telah menyertai parti mereka dan ini sebenar-benarnya memberikan kerugian yang sangat besar kepada pembangkang. Kalau kita dapat melihat apabila Mat Taib menyertai PAS, dan kemudiannya berpindah dan masuk semula ke PKR Mat Taib tidak pernah diberikan sebarang kedudukan. Mat Taib sebenarnya tinggi populariti dan mempunyai personaliti, aura dan perwatakan yang sangat menarik tetapi mereka secara terang-terangan membiarkannya.

Kemasukan Mat Taib ke dalam UMNO memberikan nilai tambahan kepada UMNO kerana beliau telah banyak menyumbang jasa dan bakti kepada UMNO. Kemasukan semula Mat Taib ke dalam UMNO akan memberikan kelebihan dan pulangan yang besar kepada UMNO kerana pembangkang tidak dapat menaik taraf kedudukan mereka sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 apatah lagi dengan kepulangan semula Mat Taib akan memberikan tamparan yang hebat kepada pembangkang.

Kepulangan bekas Menteri Besar Selangor dan juga ahli-ahli lain yang kini sedang membuat langkah yang sama adalah kerana pembangkang semakin lemah dan tidak terkesan dan mereka semakin sedar bahawa mereka telah tertipu oleh pembangkang. Mereka semakin sedar bahawa pembangkang menipu, melakukan pembohongan dan tidak mampu menyelesaikan sesuatu masalah.

Kesimpulannya kepulangan bekas Menteri Besar Selangor dan juga ahli-ahli lain yang kini bertindak melangkah keluar parti dan menyertai UMNO adalah kerana mereka kecewa kerana mereka tidak mampu menyumbang kepada kita semua semasa mereka berada bersama pembangkang dan mereka semakin sedar bahawa UMNO satu-satunya parti yang mantap dan mempunyai rekod prestasi yang sangat baik.

Comments