GAGAL LANGSAIKAN RM306,999.17, RAFIZI TERIMA NOTIS MUFLIS


Notis muflis diserahkan kepada Rafizi Ramli susulan kegagalannya melangsaikan RM306,999.17 dalam saman fitnah melibatkan NFC. Notis yang disiarkan menerusi media tempatan menyebut, NFC telah mendapatkan notis berkenaan terhadap Rafizi daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Dokumen bertarikh 13 Julai 2017 itu berkuatkuasa pada 12 September 2017 dan Rafizi berhak memfailkan bantahan dalam masa tujuh hari.

Sementera itu, media berbahasa Inggeris pula melaporkan NFC telah mengesahkan perkara itu dan peguamnya telah tiga kali menghubungi Rafizi tetapi tiada maklumbalas diterima setakat ini. Pada November lalu, Rafizi diperintah membayar RM200,000 kepada NFC susulan kenyataannya berkaitan pembelian sebuah kondominium di KL Eco City.

Rafizi juga diperintah membayar mahkamah RM100,000 untuk kos guaman melibatkan prosiding itu.

Ketika ini, Rafizi berdepan hukuman penjara 18 bulan kerana mendedahkan laporan audit 1MDB tanpa sebarang pengesahan. Mahkamah membenarkan hukuman itu ditangguhkan susulan permohonan rayuan yang dikemukakan.

Comments