GABUNGAN KERJASAMA PAS DAN UMNO DEMI MANFAAT DAN KEBAJIKAN RAKYAT



Baru-baru ini Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Husam Musa kononnya mendakwa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat halangan daripada beberapa pemimpin parti itu untuk melakukan kerjasama yang membabitkan Kerajaan Barisan Nasional.

Gabungan dan kerjasama PAS dan UMNO dan Barisan Nasional kerana PAS tahu UMNO dan Barisan Nasional satu-satunya parti Melayu yang masih boleh diharapkan berbanding dengan parti lain yang anti Islam.

Pendekatan PAS terhadap UMNO dan Barisan Nasional adalah selari dengan politik matang yang diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan Al-Quran. Berbanding dengan DAP yang mempunyai sikap yang keras terhadap Islam, anti Islam dan sentiasa menolak sebarang usaha menegakkan Islam. Kini PAS dilihat mengambil pendekatan lebih mesra terhadap UMNO dan Barisan Nasional di bawah Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kerjasama PAS dan UMNO pada hari ini adalah politik matang, politik yang tidak berkelahi dan politik yang berkepentingan bersama. Politik boleh berbeza pendapat tetapi untuk apa sahaja isu yang berkaitan dengan kepentingan rakyat kita semua mesti bersama.

Kerjasama UMNO dan PAS itu akan hanya menimbulkan persepsi dan tanggapan serta persepsi negatif dan perasaan kurang senang pihak tertentu terhadap gabungan dan kerjasama dua parti ini. Kita semua akan sedar bahawa kepentingan dan hak kita dijaga dengan baik dengan adanya gabungan dan kerjasama UMNO dan PAS.

PAS sedia bekerjasama dan bergabung dengan UMNO dan Barisan Nasional dalam hal ehwal kebajikan dan hak rakyat. Tiada sebab untuk PAS menolak sebarang kerjasama ini kerana PAS adalah sebuah parti yang begitu mementingkan kebajikan dan hak-hak rakyat di saat kecelaruan politik menghantui negara kita.

Pendekatan ini dilihat sebagai satu pendekatan baru PAS yang dilihat sebagai salah satu langkah besar PAS bagi menjamin keutuhan bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini. PAS menolak sebarang perbezaan politik yang merugikan rakyat dan agama Islam kerana bagi PAS ianya jelas merugikan Melayu dan Islam sendiri.

Kesimpulannya kerjasama antara PAS dan UMNO semata-mata demi hal ehwal dan kebajikan rakyat, walaupun berbeza ideologi politik tetapi dengan gabungan dan kerjasama antara PAS dan UMNO ia dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada rakyat khususnya.

Comments